menggigil di Fraser Hill…?

nota : dah lama sangat tak update ‘personal site’ aku ni. sebenarnya sesi santai ni bulan Jun yang lepas, draftnya dah lama buat tapi terbengkalai….malam ni pulak ye mari teringat ke ‘ruang permainan alam maya’ ni semula…layan je la..

SANTAI DI BUKIT FRASER

Bersantai selama 3 hari 2 malam di The Pine Resort menggunakan kemudahan yang disediakan oleh majikan “ambe”….so dapatla kadar sewa yang memang berbaloi-baloi. (gambor resort dok juppe la pulok duk mane..)

fraserMpapantanda aluan Bukit Fraser

 Bolehla dikatakan sesapa yang berkunjung ke sini, akan bergambar dengan ikon Bukit Fraser ni…Menara Jam di “roundabout” Bukit Fraser. Kalau tak datang ziarah sini boleh kata tak sah la lawatan kat sini…Ikon ni la yang menyambut kedatangan pengunjung ke sini..

 

 

fraserJMenara Jam Fraser Hill

Laluan masuk utama (jalan masuk sahaja, keluar ikut laluan lain) ke Fraser Hill…bangunan yang ada di kiri kanan ni dah agak lama tapi terjaga dan masih digunakan. Bangunan sebelah kanan tu..Balai Polis dan sebelah kiri tu Klinik Pesakit Luar…dan yg tengah-tengah tu la letaknya ikon Fraser Hill..

fraserBlaluan masuk utama

fraserKBalai Polis (tahun 1919 tu)

fraser58Pejabat Pos

Tempat lain payah nak jumpa dah peti surat yang macam ni..rasanya peti surat dari zaman kolonial lagi ni kut.

fraserIpeti surat yang unik

Laluan keluar (turun..) dari Fraser Hill..Dulu satu jalan je dan ada penggiliran waktu turun serta naik..La ni dah diasingkan jalan untuk naik dan turun…senang la sikit tak payah nak menunggu.

 

fraserDlaluan keluar

fraserEJalan Pecah Batu (laluan keluar sahaja)

 

Suasana di pagi hari di Fraser Hill memang mendamaikan. Jauh dari hingar-bingar dan hiruk-pikuk kota. Dengan cuaca yang mendinginkan dan persekitaran yang tenang dan jauh sekali untuk melihat kesesakan lalulintasnya…hilang rasa sesak di dada.

 

fraserA menghayati lanskap kehijauan alam

fraserC menanti kemunculan mentari pagi di balik awan

fraserF embun di hujung ranting

Antara aktiviti yang terdapat di sini….menunggang kuda dan memanah di The Paddock’s Fraser Hill..Semestinya dengan sedikit bayaran.

fraserG Bangunan lama di The Paddock’s (bangsal kuda kalau tak silap la)

fraser83Trek menunggang kuda

fraserH Menunggang kuda

fraser111Memanah

Selain tu ada jugak mini taman tema air (mini water theme park)….Allan’s Water Park. Kat sini boleh main kayak, ‘paddle boat’ dan ‘water ball’..

fraserLAllan’s Water Park

Bersebelahan Allan’s Water Park, terdapatnya Taman Flora. Walau pun agak terhad kefloraannya tapi ok la untuk santai-santai…tak de tiket masuk pun..

fraser38Taman Flora

fraser33pokok strawberi

fraser34puteri ketiga, Iffah

fraser35Puteri sulung (specky)..Dina dan puteri kedua…Aisyah (angah)

fraser37Angah & kobis

 

 

Pasar Chih Tu, Kelantan

 

 

Tempat yang hampir menjadi lokasi wajib disinggahi apabila pulang ke kampung halaman isteri. Merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk mengosongkan “saku seluar” anda sebelum kembali ke perantauan. Tips apabila ingin melawat ikon Tanah Merah atau nama sejarah lamanya “Chi Tu” atau “Chih Tu”….pastikan bonet kenderaan anda mempuyai ruang yang secukupnya….tm42Pasar Besar Tanah Merah

Suasana di dalam Pasar Tanah Merah yang agak meriah….lebih-lebih lagi di musim cuti umum dan cuti sekolah . Walau bagaimanapun, untuk menikamati “mega meriah” di di sini…ada dinasihati untuk mengunjunginya di musim cuti perayaan terbesar seperti musim cuti hari raya puasa dan hari raya haji.

IMG_0470hasil laut

tm31kudap-kudapan?

tm39sayuran

tm23buahan dan sayur-sayuran

Antara barangan yang selalu menjadi buah tangan untuk rakan-rakan dan juga sangat sesuai untuk memadatkan ruang kosong bonet kereta anda.IMG_0476keropok  (tolong promosi lagi untuk Kak Yah tu..)

 

IMG_0479satay ikan

IMG_0477nisse’ kerek..

tm35trademark oram Kelantan, budu

tm37Budu SEDAPPP…!!!!

Suatu yang paling menarik di sini…….kilauan emasnya ada di mana-mana di sekeliling pasar Tanah Merah ni….Cara yang paaaling cepat untuk mengosongkan poket anda….singgahlah di mana-mana salah satu kedai ni…tm44Cap Rusa, Sri Ayu, Madinah….

tm43Cap burung, Sing Kuang…..

tm41Cap Rusa…

tm40Dah penat…singgah beli air kat Bee Gar…duk  minum sini deh..sambil tunggu keto sewo nok kelik dumoh…Ore’ Tanoh Meroh mesti tahu gapo dio Bee Gar tuh..

p/s: jika kedapatan sebarang rasa kurang senang dengan foto mahupun nukilannya, dipersilakan ke ruangan komen…foto boleh dilenyapkan, tulisan bisa dilunturkan…untuk menggugurkan ketidakpuasan terpendam..

 

Pasar Foloan, Bumi Terqanun…..

Panorama Pagi Di Pasar Pagi Kuala Berang, Terengganu. Kuala Berang di masa silam dikenali dengan nama Foloan merupakan antara lokasi yang bersejarah di Malaysia. Paling tersohor adalah sejarah penemuan Batu Bersurat Terengganu.

Pasar pagi di sini merupakan tempat penduduk kampung berhampiran menjual hasil tanaman mahupun hasil tangkapan di sungai berhampiran. Antara tempat kunjungan kegemaran apabila pulang ke kampung halaman mencari sayuran dan lauk pauk kampung yang jarang ditemui di kota metropolitan di samping menziarahi orang-orang lama kampung yang masih ada.

 photo koberang0003_zps7078bf0e.jpg

 suasana pagi di pasar Kuala Berang

 photo koberang0006_zpscb78ca17.jpg

ikan sungai

 

 photo koberang0001_zpsc4c830a1.jpg

 keropok lekor

 photo koberang0009_zps22d71ba4.jpg

 ulaman dan sayuran kampung

 photo koberang0007_zps66112d22.jpg

 keledek, emping, asam keping dan empunya jualan

 photo koberang0005_zpse07a6a8d.jpg

 ubatan tradisional

 

 photo koberang0013_zps5ce0e777.jpg

 stesen bas baru….antara ikon baru Kuala Berang

Seusai berjalanan di Pasar Foloan, tertarik dengan dua paparan visual di sini………

 photo oldfolkkb1_zps7e685189.jpg

 “Peniaga warga emas yang masih ceria di balik kedutan usia mencari rezeki”

 photo koberang0011_zps9491d96c.jpg

 “Yang menarik usah dicacatkan dengan yang jelik”

p/s: jika kedapatan sebarang rasa kurang senang dengan foto mahupun nukilannya, dipersilakan ke ruangan komen…foto boleh dilenyapkan, tulisan bisa dilunturkan…untuk menggugurkan ketidakpuasan terpendam..

berkarat lagi…….Pasar Karat Jalan Sultan

Pasar Karat Jalan Sultan….walaupun sebenarnya di celah lorongan dan celahan belakang bangunan. Setelah menziarahinya untuk kali pertama sebelum ini; Berkarat di hari minggu…..Jalan Sultan, Kuala Lumpur, ziarah second series dilaksanakan. Catatan dipaparkan melalui seni foto (street photography la kut), biar foto sendiri berbicara.

singboard pasar karatPAPAN TANDA PASAR KARAT.

Antara barangan antik yang bukan mudah untuk dicari, masih mampu dimiliki di Pasar Karat. Kedua-dua koleksi antik ini mengimbau kembali kenangan di masa kecil dan zaman persekolahan. Apakah anak-anak zaman teknologi terkini sekarang masih mengenali dua barang antik ini?

karat20005SETERIKA ARANG

karat20006MESIN TAIP  (unplugged typewriter)

Suasana di pasar karat ini memang meriah dengan kehadiran bukan sekadar warganegara kota Kuala Lumpur, namun turut menggamit kehadiran warga asing berniaga serta warga kota yang mencari barangan keperluan yang bersesuaian dengan kedudukan poket golongan marhaen.

karat20007MERIAH DI CELAH LORONG

karat20004WARGA ASING TURUT BERNIAGA

tayarTAYAR TERPAKAI……pun ada dijual, aku tak sangka sangka tayar pun boleh dijual kat sini.

Sambil melangkah  beransur menyusur jalanan,sedikit kejanggalan dan persoalan terlintas di fikiran apabila melintasi jalan cantuman kepada Jalan Sultan. Jalan Hang Lekir, umpama sejarah lampau  nama dimiliki pengiring sultan. Bukan untuk bersikap “racist” namun apa yang terzahir tidak menunjukkan yang sepatutnya sehingga menimbulkan kekeliruan. Fikirkanlah sendiri……..

hg lekirJALAN HANG LEKIR……di mana Hang Lekirnya?… Hang Li Poh mungkin  di sini..

ayam karatRESTOREN AYAM GANTUNG DI JALAN SULTAN…..mungkinkah sultan santap di sini?

karat20002KAKILIMA DI JALAN SULTAN…..tanjak atau dastar tiada disini, hanya tanglung merah yang ku temui.

karat20012JALAN HANG LEKIR….mungkinkah  Hang Lekir ditukar  menjadi Han Li Ke.?

karat20013TANGLUNG…….bukan pelita 

karat20014MASIH LAGI TANGLUNG……tiada lagi harapan.

karat20016DI MANA HANG LEKIR……mungkinkah  di Chinatown?

kedaichinalamaKEDAI KOON KEE?…mengapa tidak Kedai Makan Melati?

kk superstoreMASIH TIADA ……..dimana kan kutemui? mungkinkah hanya di Jalan Melayu?

p/s: jika kedapatan sebarang rasa kurang senang dengan foto mahupun nukilannya, dipersilakan ke ruangan komen…foto boleh dilenyapkan, tulisan bisa dilunturkan…untuk menggugurkan ketidakpuasan terpendam..

KeMelayuan……..layu di Jalan Melayu

Ku temui Jalan Melayu, tapi di mana Melayunya….berapa ramai Melayu yang tahu di mana Jalan Melayu, berbanding Melayu yang tahu Jalan Masjid India. Lihat map yang ditempekkan untuk mengetahui lokasinya…seumpama melukut di tepi gantang, bertempel di sebelah Jalan Masjid India.

 photo malayroad_zps52dffc3d.jpg
Lokasi Jalan Melayu

Mampukah Jalan Melayu bersinar seumpama sinaran lampu jalanan yang indah, mahupun akan malap ataupun akan terus usang seumpama binaan lama yang semakin kusam ditelan zaman.

 photo outar0031_zps1a341ab4.jpg
Papantanda Jalan Melayu

Mungkinkah Jalan Melayu menjadi semakin gah sebagaimana indah dan menariknya gerbang yang dibina…di gerbang itu terdapat elemen keMelayuannya. Usah diharapkan kemegahan hanya dengan keindahan gerbang sahaja.

 photo gerbangmalayroad_zps60bc8d81.jpg

Gerbang Jalan Melayu

Penghujungnya terletak suatu yang boleh dibanggakan….penunjuk aras kemajuan ; sistem pengangkutan yang boleh dibanggakan iaitu STAR LRT MASJID JAMEK dan PUTRA LRT MASJID JAMEK
 photo jlnmelayuL_zps6dce58e9.jpg

penghujung Jalan Melayu

LANSKAP JALAN MELAYU……dari pandangan lensaku.

 photo outar0035_zps7f79711a.jpg

Pemandangan setelah  beberapa meter melepasi gerbang Jalan Melayu, sedikit dicacatkan dengan longgokan bahan buangan di sebelah kanannya.

 photo jlnmelayu_zpse7ba54c6.jpgSuasana kemeriahan di Jalan Melayu, walaupun sebenarnya menumpang kemeriahan  laluan ke stesen LRT. Kemeriahan semakin menonjol di hari minggu mahupun di musim perayaan.

 photo jlnmelayu0002_zps1729a792.jpgKu cari premis yang boleh mempamerkan identiti Melayu di Jalan Melayu…namun inikah keMelayuannya?? Mungkinkah Melayunya terlindung di sebalik helaian tudung ini?

 photo jlnmelayu0001_zpsad097adb.jpgAtau mungkin keMelayuan terdapat di sebalik premis makanan di kiri ini?

 photo outar0037_zpsc2d26e01.jpgAtau mungkinkah di sini ada Melayunya..?

 photo outar0041_zps183fa3f2.jpgKu temui dua generasi Melayuku di sini….sekadar melepasi kakilima bukan sebagai yang empunya…

 photo outar0042_zpsaec79bf8.jpgDi celahan tingkap yang tersingkap…pun bukan Melayu yang ku temui.

 photo kedaimelayuL_zps9340477a.jpgAkhirnya…umpama pengubat duka, ku temui juga sinar Melayunya…premis beridentitikan Melayu walaupun bukan di Jalan Melayu, terletak di pinggiran Jalan Melayu. Mungkinkah sepenuhnya milik Melayuku…?

Memetik kata-kata Dato’ Seri Utama Dr Rais Bin Yatim,  yang dipetik dari blog Din Turtle, Blog Parti Melayu :

 photo raismelayu_zpsfc145444.jpg

 photo rais_zpsece269a0.png

 

artikel penuh boleh dibaca disini ; Bangunkan Jalan Melayu – Terbaik Rais ! ( Tapi Tak Perlulah Bersikap Apologetik )

Apakah mungkin terjadi Melayu akan semakin layu di Jalan Melayu..?

Berkarat menambah semangat…..

IMG_1595

Jalan-jalan pada hujung minggu di Pasar Karat Jalan Sultan untuk mengasah skil menembak, tembakan pertama dilepaskan seorang warga emas melintas di depan sekaligus menjadi subjek latihan menembak di jalanan. Kejadian tembakan rambang mencetuskan artikel PENGHUJUNG USIA di Sekadar Catatan.

 

 photo immali_zpsdf54476d.jpg

Paparan artikel PENGHUJUNG USIA di Sekadar Catatan yang mensubjekkan warga emas di jalanan.

 

 

 photo fotomedia_zps28808d5b.jpg

Imej warga emas di Pasar Karat Jalan Sultan ini juga menjadi Juara Photo Challenge Edisi #290 di forum Fotomedia Malaysia. Lihat paparan penuh di Photo Challenge # 290 – “Street Portrait / Stranger on the street”

Berkarat di hari minggu…..Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Tertarik dengan coretan tentang suatu sisi kehidupan warga sebuah kota metropolitan di sebuah blog; Pasar Karat Kuala Lumpur dan juga untuk mencari bahan untuk blog ni supaya tak bersawang…..Aku mencari lokasinya….Jalan Sultan berhampiran Jalan Petaling. Berdepan sedikit kesukaran, bertembung dengan program OCBC Cycle Malaysia, terpaksa berpusing-pusing mencari jalan ke pasar karat Jalan Sultan..1886-ocbc-cycle-malaysia-2014

PENGHUJUNG USIA

Panorama pertama di lokasi, tanpa sengaja seorang waga emas bertopi melintas di depan langsung memberi ilham sebagai subjek untuk foto. Tak pasti beliau seorang penjaja atau pembeli di pasar karat..

 photo IMG_1595_zps7daa79a0.jpg
Panorama kedua…tertarik dengan seorang lagi warga emas yang dipercayai turut menjaja di sini, juga bertopi. Raut wajah & gayanya di atas siarkaki menarik perhatian..Barang jualannya cuma diletakkan dalam beg plastik dan kurang menarik perhatian orang ramai di situ..Sedikit sentap dengan tingkah warga emas ni..

 photo 8a6946fa-8475-4fc7-9c5f-ec9c8897d94b_zpsfd824407.jpg

 

Panorama ketiga……….lanskap sebuah kehidupan warga metropolitan di celah-cerah lorongan mencari sesuap rezeki. Juga terdapat warga emas yang boleh disubjekkan tetapi beliau menegurku & bereaksi seolah tidak senang dengan aktivitiku..

rush market photo IMG_1599_zpsdd9f0670.jpg

 

Antara aktiviti warga marhaen di ibukota yang membentuk suatu sisi kehidupan yang berbeza di tengah cabaran masa kini. Akan berkekalankah situasi begini…?

“Apakah pucuk-pucuk atasan mempunyai masa untuk menjenguk kehidupan akar-akarnya di umbinya dengan meninggalkan seketika kulit luarannya di pejabat mahupun di istana hinggapnya untuk merasa sendiri denyut nadi rakyatnya….?”

 

p/s : gambor dok berapa comei, paka kitlen je….maybe ada second series kut..

“Kehilangan Dunia di Tambun” & Kedinginan di Ulu Chepor

Siri cuti-cuti santai di Ipoh, Perak…

IMG_1273

IMG_1359Bermula dengan program family day opis di Pantai Teluk Batik, Lumut pada 21-22 Disember langsung sambung cuti di Ipoh sehingga 24 Disember untuk mencari dunia yang hilang di Tambun 
 photo 20131223_180112_zpscsemmowu.jpg

 photo 20131223_152341_zpsv5d8zed7.jpg

 photo 20131223_175014_zpsjjvtuedo.jpg

seterusnya menikmati durian kampung segar dari ladang

IMG_1485

 photo IMG_1483_zps075c214a.jpg

setelah berendam di Air Terjun di Kampung Ulu Chepor, Chemor.

 photo IMG_1383_zps19558094.jpg
 photo IMG_1392_zps57436afe.jpg

 photo IMG_1465_zps6acb62b4.jpg

Di Ipoh kami menginap di Nazra Homestay, Taman Perpaduan Permai, Tambun berhampiran Lost World of Tambun.

akhirnya……………….Tamar Jalis, hajat tercapai lagi…!!!

Akhirnya…………….

Tercapai jua hajat hati….

Sekian lama mencari, menjejaki…..

Pernah  hampa di hati…..

Untuk mencari……….

Dikhabari  tiada lagi di bumi…….

Sebenarnya………realitinya……

Masih di sini………..

Enggan  mencari populariti…….

Mahupun mencipta kontroversi……

Rupanya hampir disisi………

Kini………….

Setelah sedari kecil lagi….

Mencari….menjejaki…..menyusuri…..

Ku temui kini…………..

Yang bernama Mohd Radzi…...

Di sini……………………di PWTC..!!!!!!

SDC13418

Ahmad Mahmud …….

SDC13420Dia, aku dan anakku ….

SDC13422

Tamar Jalis…….

dari 12 ke 13………………..hajat tercapai

Aset terbaru……untuk perancangan masa hadapan dan untuk menambah pendapatan……………….
Walaupun sekadar apartmen yang berusia namun tetap berharga………..Hujung tahun 2012, lebih tepat 31 Disember kunci diterima…….

“MELOR APARTMENT, BANDAR BARU SELAYANG”

Hajatku yang tercapai………………….ALHAMDULILLAH..!!!!!

1f79da1272737_1_V550

Pandangan Hadapan….

p/s: gambar diambil dari propertyguru.com.my….tak sempat nak snap hari tu…lorat deh..

rumah

ruang tamunya…

SDC13316

pintu masuknya..

SDC13313

bilik tidur utamanya…

SDC13307

 dan……dapur bersama kabinetnya….

 

nota : ku sewakan….sebagaimana niat hatiku…….

 

 

 

 

 

 

 

1 2 3 4 5 9 10