202…!! Tingginya…………….

Hari tu (Selasa;7/6/2011) aku kena tekanan darah tinggi….bukan tinggi sikit-sikit….bapok punya tinggi….202/140 kalau tak salah aku tengok…gila punya tinggi sedangkan paras normal cuma bawah 130/90….Hari tu, pukul 5 pagi aku bangun buang air besar lepas tu aku sakit perut. Gila babi punya sakit perut…berguling-guling…lepas tu pukul 8pagi gi ke Hospital Kuala Lumpur…Sekali check tekanan darah punya la tinggi….terus la check in….2 hari la duk di hotel bilik(wad) 18 tu…Masa kat wad pun, check tekanan still around 190-160 lagi….tu pun tinggi tu…malamnya dibaginya aku makan ubat…esoknya turun tekanan darah aku ke 114 je…lepas tu dah normal antara 120-110 je…tapi ada effect gak gak aku…aku rasa loya, pening & muntah…doktor kata pasal badan aku belum biasa dengan paras normal, tu yang jadi macam tu…Petangnya(Rabu;8/6/2011) aku pun boleh balik sebab dah normal tapi aku kena makan ubat yg dibekalkan & kena jumpa dengan doktor pakar sebab aku dikategori sebagai YOUNG HYPERTENSION (am i still young at 3* years old)..So, lepas ni aku kena selalu jumpa doktor le gamoknya dan aku diminta hadir dengan ceramah berkenaan hypertension setiap pagi Jumaat di HKL…

Info yang mengerikan aku terima, suami kepada bekas bos aku di saat akhir hampir meninggal tekanan darah dia pun 200……eeee..janganla wei…anok aku kecik2 lagi semua tu……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *