Berbuka puasa di……

WILD RICE RESTAURANT, 9th FLOOR, BOULEVARD HOTEL, MIDVALLEY, KL…………..!!!!!

Hari tu berbuka puasa tak berapa puas hati…masa beli juadah kat Pasar Ramadhan….jadi semalam berbuka agak mewah la di sebuah hotel..(dapat baucer free.kalau tak payah aku nak gi makan kat sini RM100++ tu satu kepala.)..So, dapat la aku cover balik ketidakpuashatian aku terhadap juadah yang dibeli di pasar Ramadhan hari tu…Dapat la makan dengan penuh kepuashatian kat hotel tu, balik pukul 9.00 lebih tu..balun puas hati…Gambarnya nanti aku tepekkan…sekarang tak boleh la…Maxis berukband ni slow macam s**l la malam ni..

Anak aku posing kat tepi kolam..(banyak kali mintak kebenaran kat aku nak mandi..)

Aku…kena jadi…BABY SITTER….!!!!

Penuh meja tu…gambar selepas sessi pembedalan berlaku….gambar sebelum tak sempat nak ambik dah licin…

Masa nak balik, masuk kat megamall…singgah kedai speks untuk test mata anak sulung….terjumpa dengan mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa (betul ke..?) & mantan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz…orang rumah aku & anak aku nak bergambar dengan beliau……layann……….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *