Pemerhatian (atau boleh ke aku katakan kajian) selama 15 minit di bawah flyover & di atas bulatan Kg Pandan di waktu hujan lebat yg menyebabkan aku tersangkut…

Pagi tadi masa on the way nak gi opis di hari terakhir aku di Jabatan Pengurusan Perumahan, hujan turun dengan lebat jadi aku tersangkut la kat bwh flyover (aku redah gak psl hari last je, kalau tak takdenye aku nak redah hujan ) kat atas roundabout Kampung Pandan..Jadi sesambil nak menunggu hujan reda & menghilangkan boring, aku pun cuba buat pemerhatian sikit la….berkenaan dengan KEMPEN KONGSI KERETA yang kerajaan pernah buat dulu….Pemerhatian tu pun dalam masa lebih kurang 15 minit je sebab hujan dah reda, aku pun gerak ke opis…selama 15 minit tu aku perhatikan kebanyakan kereta yang melintas depan aku tu kalau tak sorang je kat dalamnya, mesti dua orang…paling banyak sebuah kereta cuma seorang….aku cuba kira berapa kereta yang tiga atau empat orang….Statistik yang aku dapat; untuk tempoh 15 minit kereta dengan isi dalamnya 3 orang CUMA 3 buah kereta sahaja dan 4 orang atau lebih CUMA 2 BUAH KERETA SAHAJA…!!!!!!!!!! Itu pun 2 buah kereta yang agak penuh dipercayai bukannya untuk pergi kerja sebab membawa anak-anak atau ibu bapa pemandunya…KESIMPULAN yang aku dapat kempen KONGSI KERETA yang dicanang oleh kerajaan dulu TIDAK BERJAYA atau GAGAL…!!!!! dan ini menyumbang kepada kesesakan jalanraya yang teruk di Kuala Lumpur terutama sekali bila hujan…Ini jugak menunjukkan orang di KUALA LUMPUR ni tak suka berkongsi kereta..

Sedikit pertanyaan…SANGGUPKAH ANDA BERKONGSI KERETA ANDA DENGAN RAKAN SEPEJABAT UNTUK KE TEMPAT KERJA….???
Tapi kalau aku pun belum tentu nak kongsi, kalau isi minyak kereta kongsi mungkin aku boleh pertimbangkan….So…FIKIR-FIKIRKANLAH..

Kat bawah ni aku tempekkan gambar kekosongan kereta yang aku ambik sepanjang pemerhatian aku tu sebagai bukti…

p/s: gambar kurang jelas psl guna kamera handset je….gambar kereta yg penuh tak dpt psl bilangannya sikit sangat

1 Responses to Pemerhatian (atau boleh ke aku katakan kajian) selama 15 minit di bawah flyover & di atas bulatan Kg Pandan di waktu hujan lebat yg menyebabkan aku tersangkut…

  1. Pingback: hari terakhir di B***n P****n,Jabatan P****n Pe****n. | I'M MALI, SEBUAH CATATAN..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *