realiti hari ini…..

Kereta……..bayar dlm tempoh 9 tahun. Dah habis bayar kereta dah macam-macam masalah, kena buat penyenggaran, melibatkan duit lagi. Nak selesa, trade in beli baru….hutang lagi…….

Rumah……tempoh bayar 30 tahun , sampai pencen la menanggung bayar kat bank. Tu utk rumah kos rendah baru, kalau nak yg selesa kena beli kos sederhana @ tinggi tapi bayar bulanan lagi tinggi….belum campur duit lawyer bagai lagi…aku beli yg RM 80k pun belasan k yg nak kena bayar. Yang berpendapatan rendah, mana nak cari RM belasan k tu….(nasib baik la aku beringat boleh la…). Kesian aku tengok bebudak yang baru kerja & baru kawin la ni nak cari rumah..

PTPTN……ni lagi satu beban, habis belajar dah tanggung hutang. Dah la kerja belum tentu dapat, tapi dah pasti kena bayar hutang. Dulu pun ada jugak pinjaman (zaman aku dulu la…) tapi tak ada la dikenakan kadar faedah, ni dah macam pinjaman bank pulak (GOVERNMENT BANK…?) Kesian…..

Belum ambik kira nak kawin…dah belajar, dah kerja…dah tu ada awek….lepas tu nak kawin…….Banyak pemuda-pemudi la ni kalau nak kena wat pinjaman bank..ada yang dah dapat anak 2/3 orang, pinjaman tak habis bayar lagi..

Oleh itu…..fikir-fikirkanlah……

p/s: sumber gambar dari internet (zunar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>