Sakit…?Semakin sakit ……………..luahan perasaan !!!!!!!

Dari pemerhatian sendiri, sangat ramai rakyat Malaysia yang sakit atau berpenyakit, di Kuala Lumpur khasnya. Setiap kali pergi ke HKL mesti orang yang menunggu giliran melimpah ruah….mungkinkah di setiapĀ  hospital kerajaan sama sahaja situasinya…?

Apakah sebabnya..?Mungkinkah rakyat Malaysia memang berpenyakit, atau semua penyakit mesti ke hospital/klinik? Tiadakah alternatif lain? Bukankah Malaysia kaya dengan herba…mengapa tidak dikembangkan menjadi salah satu alternatif kepada rawatan pencegahan mahupun rawatan? Mengapa tidak dikembangkan? Langkah ini mungkin boleh mengurangkan kadar ‘kelimpah ruahan’ senarai menunggu mendapatkan rawatan di hospital/klinik kerajaan.

Diperhatikan juga masa menunggu juga terlampau lama terutama untuk mendapatkan rawatan khas. Kadar standard adalah 2/3 jam…melebihi piagam pelanggan yang ditetapkan. Sedangkan sesi rawatan/pemeriksaan kadang-kadang tak sampai 30 minit. Kadangkala terpaksa melalui banyak kaunter sebelum dapat jumpa doktor terutama kalau kes kali pertama. Semua ini akan mengambil lebih banyak masa dan boleh mengundang ketidaksabaran pesakit. Terlalu banyak prosedur dan banyak menunggu daaa…

Pengalaman sendiri, banyak sangat la kalau bab menunggu ni….

Di HKL; pernah menunggu dari jam 10.30 pagi sampai 3 petang. Di unit kecemasan; 10:30 mlm – 12 tgh malam untuk bayi sampai terus balik tak sanggup menunggu. Unit lain, 9 pagi sampai 11 pagi tak selesai lagi (piagam 1.30-2.30 jam untuk rawatan). Cuma unit pesakit luarnya boleh dikira berpatutan la.

Di HUKM lagi la..aku sanggup lagi ke HKL lagi walaupun HUKM kat depan rumah je. Kat situ, 3/4 jam belum tentu dapatnya la..pernah bawa anak aku koyak kepala, tunggu dari pukul 8 malam, 11 malam tak dapat lagi…terus aku belah pergi kat klinik swasta..tak sampai 30 minit siap. Tu…koyak kepala…diulangi KOYAK KEPALA..!!!!kalau yang lain, tak tau la..

Di Hospital Selayang, bawa bayi (anak aku no. 2)demam panas, dari jam 8 malam sampai 10.30 malam tak panggil lagi…terus aku belah. Bawak kat HKL pulak malam tu jugak, kena pergi kat kecemasan pasal bawah 2 tahun, sampai 12 malam tak dapat2 gak..Terus belah je…esoknya gi kat Klinik Tanglin…..sekejap je settle…bayi diberi keutamaan.

Kat klinik kompeni aku (gomen tapi ada klinik sendiri), boleh dikira ok la…standard waiting time; 1 – 1 jam setengah la…kalu pandai cari masa, 20 minit settle. Cuma kalau untuk rawatan khas tu takde la…ok la tu..

Inilah cabaran yang perlu dihadapi kalau nak dapatkan rawatan di hospital gomen (tapi tak dinafikan ada sesetengah perkhidmatan lagi bagus di hospital kerajaan). Sebelum pergi ke hospital/klinik kerajaan nasihat saya yang pernah melaluinya…..Persiapkanlah diri anda dengan TAHAP KESABARAN YANG MAKSIMA…!!!!!!!!!

FIKIR-FIKIRKANLAH…………………………...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *