salam aidiladha di kotaraya

Kali ni, entah dah kali yang ke berapa aku & kami (aku:masa bujang, kami : masa dah kahwin) beraya haji di kota Kuala Lumpur ni. Selalunya raya haji kami tak balik kampung dan seingat aku sejak kawin ni baru sekali kami balik kampung.

Tahun ni nampak gayanya surau kat rumah aku, Surau Apartmen Lumayan ni buat Solat Sunat Aidiladha untuk kali yang pertama (mungkin dah dapat kelulusan pejabat agama ku), sebelum tak buat dan biasanya aku solat di Masjid Saidina Othman Affan di Bandar Tun Razak. Jadi tahun aku solat kat sini je la, untuk memeriahkan lagi suasana.

Dan untuk tahun jugak, kat apartmen aku ni ada buat korban 2 ekor lembu. Dapatla kut merasa daging lembu tempatan segar. Ni duk asyik makan daging lembu import je….isteri aku buat rendang pun guna daging import. Kalau ada visual, nanti aku updatekan kat sini……………………..

“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA”

-tak de gambar yang sempat disnap masa aktiviti pengorbanan dua ekor lembu tu….sibuk berhempas pulas mengerjakan lembu korban. yang sempat gambar daging & tulang yang dah jadi sup….gambar kat bawah tu…tu pun snap dah kat rumah yang dibawak balik. Dapat gear box tu……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *