Ziarah makam lama di Kuala Lumpur……tak sangka di KL pun ada makam lama macam ni……….

Tak sangka rupanya di KL pun ada makam lama yang unik..Selepas membaca posting saudara Merah Silu di blognya…CATATAN SI MERAH SILU dengan tajuknya “Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur”. Aku rasa terkejut sebab tak pernah aku tahu di KL pun ada makam macam, tambahan pulak makam dekat sangat dekat pejabat aku di Bandar Baru Sentul. Lokasi makam pulak di sebelah je dengan kawasan jagaan aku…

Oleh sebab tu, berpandukan posting bro Merah Silu dan gambar screenshotnya kat blog tu aku pun pergi menziarahi makam tersebut…sayangnya makam tu berkunci, jadi tak dapat la aku masuk…sekadar ambik gambar dari luar je…Ni la gegambarnya…

Tapi mungkinkah makam lama ini akan terus berada di situ…..sebab kawasan tersebut termasuk dalam rancangan pembangunan KL yang akan dibina satu kawasan pusat perniagaan dan perumahan baru yang bernama Taman Sari (kalau tak silap saya la…). Perhatikan di sekelilingnya, penghuni berhampiaran telah dipindahkan secara berperingkat seperti di Flat Pekeliling dan Flat Sri Terengganu (kawasan jagaan saya dulu tu..).

Tiadakah pihak yang sanggup mempertahankan makam lama yang bersejarah ini..? Sanggupkah kita melihat makam bersejarah ini dirobohkan…walaupun atas nama pembangunan..? Apakah ia tidak boleh dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang di samping kita meneruskan pembangunan…?

FIKIR-FIKIRKANLAH………………..

3 Responses to Ziarah makam lama di Kuala Lumpur……tak sangka di KL pun ada makam lama macam ni……….

  1. Pingback: ziaroh kubur lami di Kuale Lupur. « cakapla mende pung

  2. hanz says:

    saya ada group dari indonesia mau menziarah makam makam Di kuala lumpur seperti Di iklan ini. mohon informasikan.

    • immali says:

      kalau mahu ziarah makam ini saya boleh tunjukkan jika ada kelapangan & tak jauh dari office pun. kalau mahu lebih info tuan boleh cuba hubungi tuan Merah Silu (link blognya ada pada entri saya) sebab beliau banyak tahu mengenai makam lama .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *