Category Archives: jalan-jalan

Ziarah lagi makam tua di Kuala Lumpur

Tengah hari tadi, waktu rehat aku mengambil kesempatan menziarahi makam tua, Harun Ar-Rasyid di Sentul. Aku tepekkan gambarnya kat bawah ni.. Masa ziarah tu aku ada sembang dengan sorang brader kat situ, mungkin penjaga makam atau keluarganya kut. Dia banyak meluahkan tentang ketidakpuashatian beliau mengenai beberapa agensi kerajaan. Nanti aku sambung lagi…..kat sini jugak…

Fiesta Memancing di Taman Tasik Permaisuri anjuran Utusan Karya, 26 Jun 2011

Sekarang (semasa entry ini sedang ditulis..)..sedang berlangsung Fiesta Memancing anjuran Utusan Karya di Taman Tasik Permaisuri yang menawarkan hadiah wang tunai RM 10,000.00 untuk Johan, RM 5,000.00 (Naib Johan) dan RM 3,000.00 (Ketiga)..Pertandingan ni akan berakhir pada jam 1.00 tengahari (lebihkurang 15 minit lagi pada waktu artikel ni ditulis..)..Oleh sebab lokasi ni cuma di sebelah rumah aku je, sesambil pergi… (more…)

20-22 Mei 2011, konvokesyen PUO, konvoku di usia dewasa (tua…?) sesambil bersantai di Pantai Teluk Batik

Ari tu…(tarikhnya seperti tajuk di atas..)..di usia yang hampir separuh abad (tua dah aku..) berjaya jugak aku berkonvo (diploma je..)..Dengan meninggalkan anak bini selama lebihkurang setahun aku memerah otak yang berkarat, akhirnya berjaya dengan jayanya (dpt pingat lagi..)menamatkan pengajian di Politeknik Ungku Omar..tapi malas nak cerita banyak la rasanya…(nanti kalau aku rajin aku tepek gambar sijil & pingat tu..)… Sesambil… (more…)

Ziarah makam lama di Kuala Lumpur……tak sangka di KL pun ada makam lama macam ni……….

Tak sangka rupanya di KL pun ada makam lama yang unik..Selepas membaca posting saudara Merah Silu di blognya…CATATAN SI MERAH SILU dengan tajuknya “Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur”. Aku rasa terkejut sebab tak pernah aku tahu di KL pun ada makam macam, tambahan pulak makam dekat sangat dekat pejabat aku… (more…)

santai di Sungai Besar & Sabak Bernam, Selangor

Hari tu, sambil memeriahkan majlis konvokesyen adik di Politeknik Sabak Bernam (Diploma Kejuruteraan Elektrik),aku & anak isteri turut mengambil kesempatan untuk bersantai & berjalan-jalan di Sungai Besar dan Sabak Bernam. Walaupun aku pernah sampai di sana tetapi disebabkan tempat tidurnya ditaja oleh seorang lagi adik aku, aku pergi jugak walaupun sebnarnya kat sana bukanlah menarik sangat untuk dikunjungi (mesti marah… (more…)

kegemilangan & kemasyhuran yang ditenggelam dan semakin dilupakan…!!

Semasa balik kampung untuk mengadakan kenduri aqiqah dan cukur jambul puteri bongsu aku tempoh hari (15-20 Mac 2011), aku mengambil kesempatan untuk menziarahi satu makam seorang tokoh yang dipercayai seorang wali atau pendakwah Islam dan juga seorang pemerintah sebuah kerajaan ataupun empayar Islam yang terkenal yang di kenali sebagai Kerajaan Temir dan juga digelar Dinasti Al-Kamil. Aku mencari makam tua… (more…)

balik kampung & aqiqah Nur Iffah Amirah…!!!!

15 Mac 2011 hingga 20 Mac 2011, balik ke kampung di Kuala Berang, Terengganu untuk menjayakan program aqiqah untuk puteri bongsu, NUR IFFAH AMIRAH @ mek yah………..Sebagai menjalankan sunnah Nabi, seekor biri-biri telah dikorbankan…(lama sungguh dok makang daging biri ning, sepuluh tahun lebih doh….sejok duduk kl)… Sebagai mengenang jasa biri berkenaan, aku tepekkanlah gambornya sebagai kenangan kat sini…. Gambor agak… (more…)

kl car boot sale…..!!!!!!!!

Tadi masa on the way nak pergi pejabat ternampak la satu signboard yang agak menarik perhatian kat simpang ke Taman Tasik Titiwangsa. Sesuatu aku rasa agak baru kat sini…,,KL CAR BOOT SALE….Selalunya aku dengar car boot sale ni kat luar negara je, tak sangka pulak aku kat sini ada….rasanya ni masih baru lagi… So, sampai kat pejabat aku try la… (more…)

jalan-jalan @ Muzium Negara

Semalam, 30 hb Disember pergi jalan-jalan bawak anak bini ke Muzium Negara. Kenapa muzium bukan tempat lain..? Pasal tiket masuk kat muzium berpatutan berbanding lain tempat. RM2 bagi pameran tetap, RM3 bagi pameran khas. Sekarang ada Pameran Tenun Diraja Pahang dan Pameran Setem. Lagi pun anak-anak aku pun tak pernah sampai lagi kat sini berbanding Zoo Negara dah banyak kali… (more…)