hujan…..oh..hujan…………..

kl dilanda hujan sejak dari awal pagi…
kl jammed teruk hari…
aku pun turut terkena tempiasnya (bukan tempias je..lenjun habih). lambat aku datang opis ari ni….
petang baru hujan reda…kalau hari-hari boleh demam ni….

nothing to do….

in three days…nothing…

just punch in………….

leypark all the time………..

feel reallyyyyy boring…………….

many things can do, must do……………but can’t do….

because of what..?

no money no talk     la………..

what we can do if no money to do it…..

just wait and see untill have more money la

kembali bertugassss……..hari pertama.!!!!!!!

kronologi kembali bertugas ……….

3 Januari 2011

8.30 am – Lapor diri di Tingkat 21, HQ Jalan Raja Laut (Unit Kerjaya)

9.30 am – Lapor diri di jabatan lama di Jalan Raja Abdullah di Tingkat 7, jumpa Timbalan Pengarah (Penyenggaraan), terkejut tengok banyak kotak kat luar depan pintu masuk. Ingatkan bahagian penyenggaraan kena pindah atau kena tutup (dengar2 ada ura2nya). Dapat tau lokasi penempatan (balik tempat lama da…..jumpa big boss lama daaaaaaaa……….). Kemudian serah surat lapor diri di Tingkat 4, Bahagian Pentadbiran kepada En. Suhaimi.

10.30 am – Terus pergi ke lokasi penempatan (dengan penuh semangat tuhhhhh..) untuk lapor diri kat boss kat site la pulak. Briefing sikit sebanyak, sembang-sembang dengan kengkawan lama jap. Pas tu gi minum pagi dgn boss (baru nak minum tu….semangat kerja punya pasal lupa nak minum…cehhh).

12.00 pm – Duk opis (ayat lain jaga kedai)….no body without me….hancuss lagu ni….

2.30 pm – Gi solat kat masjid, lepak jap…pah tu gi makan tengah hari kat kedai mamak..

3.30 pm – masuk opis balik…….(only me again..lotih den lagu ni)..duk sesaja, tak tau nak wat ape lagi…

5.00 pm – apa lagi balik la…………………

untuk renungan sempena tahun baru (khas buat para ibubapa)

Renungan ni bukan karya saya, cuma copy and paste…(sumber dinyatakan).

“Para ibu bapa sekalian..

Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak.

Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak.

Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia.

jalan-jalan @ Muzium Negara

Semalam, 30 hb Disember pergi jalan-jalan bawak anak bini ke Muzium Negara. Kenapa muzium bukan tempat lain..? Pasal tiket masuk kat muzium berpatutan berbanding lain tempat. RM2 bagi pameran tetap, RM3 bagi pameran khas. Sekarang ada Pameran Tenun Diraja Pahang dan Pameran Setem.

Lagi pun anak-anak aku pun tak pernah sampai lagi kat sini berbanding Zoo Negara dah banyak kali (tiket mahal pulak tu) dan Aquaria KLCC (lagi la mahal). Kira kalau muzium ni under budget la. Sebelumni pun aku pernah datang tengok Pameran Hantu dan Pameran Tumbuhan Herba kat sini. So, kali ni aku datang bawak anak-anak untuk tengok warisan sejarah la pulak.

Walau bagaimana pun terdapat sedikit kelemahan yang aku rasa la kat sini. KENAPA:

1- bahan/koleksi di bahagian pameran tetap tak berubah sejak dulu. jika aku datang dulu koleksi/artifak/bahan macam tu, datang kalini pun macam tu. tak ada pertambahan koleksi. kalau macam ni boleh mengurangkan minat untuk datang bagi kali yang ke seterusnya. cukup la sekali atau dua kali. kecuali jika ada pameran khas yang menarik sebagaimana Pameran Hantu dulu yang aku datang samapi dua kali. memang menarik. mungkin perkara ni melibatkan kos tetapi pihak berwajib patut berbuat sesuatu bagi menarik minat orang ramai datang ke muzium.

2-kekadang aku rasa pameran khasnya seperti tak menarik dan meriah. aku perhatikan kadang-kadang koleksinya tak berapa banyak. maaf cakap,seperti tak berbaloi. macam simple bebenor. yang menarik Pameran Hantu dulu. harap pihak berwajib dapat berbuat sesuatu.

Walau bagaimanapun, di bahagian pameran tetap ada gak koleksi yang menarik perhatian aku seperti koleksi senjata Melayu, pakaian tradisonal Melayu, koleksi matawang lama (ada entri khas untuk ni nanti…tunggggu..). Gambargambar yang berkaitan juga aku akan uploadkan nanti untuk tatapan.

tahniah..tahniah..tahniah….dan Jumaat 31 Disember 2010, cuti umum..!!!

Tahniah..tahniah…tahniah….baru penuh ucapan tahniah boleh dilakarkan berbanding entri sebelum ni…Sungguh mendebarkan melihat permainan antara Malaysia vs Indonesia dalam secod final Piala AFF Suzuki tadi.. Apa pun, tabik spring untuk penjaga gol, Khairul Fahmi a.k.a Apek yang menyelamatkan banyak percubaab oleh pemain Indonesia terutamanya tendangan penalti. Tidak boleh dinafikan beliau adalah penjaga gol terbaik setakat ini dan sepatutnya anugerah pemain terbaik perlawanan akhir dimiliki oleh beliau.

90 minit permainan tadi sungguh mendebarkan kerana begitu banyak percubaab oleh pemain Indon berbanding pemain Malaysia tambahan lagi pertahanan pada malam ini agak goyah. Banyak peluang terbuka buat Indonesia tetapi ketangkasan Apek banyak menafikan percubaan Indon walaupun akhirnya terlepas juga 2 gol…

Perlawanan ini turut mendapat perhatian daripada Rio Ferdinand, pemain Manchester United, melalui akaun twitternya : @rioferdy5…artikel penuh dari Bernama di sini.

Walau apapun tahniah buat pemain-pemain muda Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kali. Sempena kemenangan yang amat bermakna ini, PM; Datuk Seri Najib mengumumkan cuti umum kepada rakyat Malaysia pada hari Jumaat, 31 Disember sebagai hadiah terhadap sokongan oleh rakyat Malaysia kepada pasukan Harimau Malaya.

TAHNIAH…TAHNIAH…TAHNIAH….BUAT SEMUA PEMAIN MALAYSIA, JURULATIH K. RAJAGOBAL, SELURUH CREW-KREW YANG TERLIBAT, SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBERIKAN SOKONGAN….DAN TIDAK LUPA BUAT RTM YANG MENYIARKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR PIALA AFF SUZUKI……………………..

Second Final Piala AFF Suzuki : MALAYSIA vs Indonesia

Tahniah……Tahniah…Tah……!!!

Kenapa tahniah ? dan last tah je? Tahniah 2 kali kerana Malaysia telah berjaya mendahului Indonesia 3-0 di Stadium Bukit Jalil 26 Dis itu dan tah… sahaja bermakna hanya sedikit saje lagi untuk menjadi tahniah di atas kemenangan menjuarai Piala AFF Suzuki tu. Sebabnya Malaysia telah membawa bekalan yang dirasakan agak selesa. Kejuaraan hampir pasti di tangan Harimau Malaya. Cuma sedikit nasihat, jangan alpa dan bermain sambil lewa di Stadium Gelora Bung karno malam ini. Ingat…bola itu bulat dan segalanya boleh terjadi. Kekalkan rentak permainan sebagaimana perlawanan di Bukit Jalil tempoh hari. Insya Allah kemenangan bakal milik kita.

Mengulas tentang permainan tempoh hari, itulah sebenarnya permainan bolasepak yang kita mahukan. Dengan semangat juang yang tinggi. Dari pemerhatian saya, sepaya kempen Piala AFF Suzuki ini, itulah game terbaik yang ditunjukkan oleh anak buah Rajagobal. Cuma sedikit kelemahan dimana selalunya pemain-pemain seperti lambat panas. Gol selalunya diperolehi di separuh masa kedua. Yang penting, cuba dapatkan gol awal di separuh masa pertama bagi menaikkanlagi semangat. Bahagian tengah diharapkan semoga lebih kreatif dengan memberikan lorongan dan hantaran kepada bahagian serangn. Harap pertingkatkan lagi jentera tengah. Pastikan ada backup serangan sebagaimana gol yang dijaringkan oleh Ashaari Shamsuddin. Bahagian pertahanan memang cukup mantap, tabik untuk Mohd Muslim (suka tengok dia kontrol defend). Jangan bagi peluang penyerang Indon melepaskan sepakan, terutama pemain Indon celup dia yang made in Uruguay tu. Sentiasa marking penyerang dorang. Yang paling respek, penjaga gol Khairul Fahmi (gelaran apek..betul ke?), wa caya lu. Walaupun baru, tapi tenang kawal gol. teruskan kecemerlangan anda. Last sekali buat pengantin baru (tok de’ nok bule’ madu); NorShahrul Idlan Talaha (pjgnye nama) teruskan usaha anda untuk lebih membanyakkan lagi lorongan dan peluang kepada striker. Awas, anda pasti menjadi tumpuan dan semestianya akan dirantai malam ini tapi anda pasti boleh. Juga buat Safee Sali, anda juga mungkin dikawal rapi malam ini. Namun, teruskan kecemerlangan anda (comei wol gol tandukan hantaran Mahali tu).

Buat pemain Malaysia ; teruskan kecemerlangan anda malam ini.

Biar sunyi sepi penyokong Indon di Stadium Gelora Bung Karno malam ini dengan jaringan dan permainan anda semua.

MALAYSIA BOLEH…………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sekapur sirih @ mukadimah

Alhamdulillah, setelah sekian lama sekadar memerhati, menghayati, mempelajari dan merenungi, akhirnya terbuka jugak hatiku untuk merealisasikan impian untuk mempunyai blog dot sendiri. Sebelum ini hanya sekadar membina blog percuma di blogger.com seperti blog stepontechnician.blogspot.com yang berkaitan dengan rutin kerja, cutimalisia.blogspot.com berkisarkan tentang percutianku & keluargaku dan juga di wordpress.com yang merupakan personal blog menggunakan dialek klasik kampungku yang hampir pupus iaitu gonyoh.wordpress.com.

Hasil dari panduan melalui pakej kit blogger oleh otai IM iaitu Saudara Zulfadli, akhirnya aku berjaya juga membina personal blog dengan nama immali.com. Trimas to Saudara Zulfadli dari Smartusaha. Walau bagaimanapun, blog ini masih lagi diperingkat pembinaan (under construction) dimana kalau dilihat masih lagi dalam keadaan basic. Belum habis setting lagi, theme pun masih lagi yang asal dan sedang mencari free wordpress themes yang bersesuaian.

1 2 6 7 8 9 10