Syarif Muhammad Al-Baghdadi a.k.a Tok Batu Belah……niat yang tertunai..!!!

Papan tanda makam……ada sesuatu yang perlu diperbetulkan..

Melintasi bongkahan batu belah yang dikatakan dibelah oleh Syarif Muhammad Al-Baghdadi sebelum sampai ke kompleks makam

Kompleks makam bersejarah…..

Makam Syarif Muhammad Al-Baghdadi……ada yang mengatakan bukan makam beliau sebenarnya..

Makam yang turut terdapat dalam kompleks makam..

Makam yang terdapat di luar kompleks makam

Masjid yang dibina oleh satu kumpulan jemaah berhampiran kompleks makam

Jeti untuk ke kompleks makam

Sungai Terengganu……satu catatan sejarah tersembunyi yang menghilir bersama arusnya ke kuala…..

Catatan: Ada pengkaji sejarah yang memanggil beliau dengan gelaran Tok Surat kerana beliau dipercayai penulis Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kampung Buluh dan ada juga yang menggelarkannya dengan gelaran Tok Ayah (saya tak tahu kenapa). Juga ada yang mendakwa makam berkenaan bukan makam beliau yang sebenar tetapi makam tokoh agama yang terkenal & kontroversi suatu ketika dahulu yang berasal dari seberang. Wallahua’lam..

Exotic, rare and classic food from my hometown…..

Dapat menikmatinya semula hanya semasa balik kampung……Hidangan ala kampung….so exotic loorrr : Sup ayam kampung, ikan baung masak kuning, ikan lampam panggang, sayur air pucuk midin dan semestinya budu..perghh

ayam kampung dari kampungku

pucuk midin dari  Pasar Kuala Berang

Setelah dimasak, satu hidangan lengkap yang unik dan menyelerakan..

Set lengkap hidangan, sayur air pucuk midin, ikan lampam panggang, sayur kuning ikan baung dan sup ayam kampung (gambar dari atas ke bawah)

Keterangan lanjut : pucuk midin@ RM2.00 (RM 1/ikat x 2), 2 ekor ikan lampam @ RM 3.00 (RM 10/kg), 0.5 kg ikan baung @ RM 8.00 (RM 16.00/kg) dan sepasang ayam kampung @ RM 0.00 (tangkap sendiri kat depan rumah). Upah masak @ RM 0.00 (bini aku masak la).  Kos semua @ RM 13.00 sahaja (kat KL boleh dapat ke?)

gambar semasa makan & bila dah habis makan

harimau muda…………………

Tahniah…………………..emas Sukan Sea!!

Cuba lagi (kalau masih boleh la)……………….Olimpik !!!!

Sedikit komen dari hamba yang dah lama tak sepak bola…

………….hamba tengok sejak dari kempen Sukan Sea sampai ke last game (Bahraian), fokus akan hilang apabila separuh masa kedua terutamanya 20 minit terakhir………..terutama sekali PERTAHANAN……………..yang ni aku paling tak gemar bila tengok diorang main……………….Bila hamba tengok game Harimau Muda ni…….pertahanan la yang hamba akan peratikan…………marking fail, selalu tinggal penyerang lawan…………..

Itu je yang hamba nak royat, hok lain malah base aku………….moga ada peningkatan lepas ni……

candid cam……………new singing star was born!!!

MY SECOND DAUGHTER SINGING SHOW…!!!!!!

kunyit berbunga…..?

Sesuatu yang tak pernah aku jumpa sebelum ni……………bunga kunyit.

Jumpa pulak di pokok kunyit yang aku tanam sendiri…kat tanah sekengkeng kero sebelah parking kereta aku.

Persoalannya…….normalkah kunyit berbunga?

Boleh buat pelaris ni….

Sakit…?Semakin sakit ……………..luahan perasaan !!!!!!!

Dari pemerhatian sendiri, sangat ramai rakyat Malaysia yang sakit atau berpenyakit, di Kuala Lumpur khasnya. Setiap kali pergi ke HKL mesti orang yang menunggu giliran melimpah ruah….mungkinkah di setiap  hospital kerajaan sama sahaja situasinya…?

Apakah sebabnya..?Mungkinkah rakyat Malaysia memang berpenyakit, atau semua penyakit mesti ke hospital/klinik? Tiadakah alternatif lain? Bukankah Malaysia kaya dengan herba…mengapa tidak dikembangkan menjadi salah satu alternatif kepada rawatan pencegahan mahupun rawatan? Mengapa tidak dikembangkan? Langkah ini mungkin boleh mengurangkan kadar ‘kelimpah ruahan’ senarai menunggu mendapatkan rawatan di hospital/klinik kerajaan.

Diperhatikan juga masa menunggu juga terlampau lama terutama untuk mendapatkan rawatan khas. Kadar standard adalah 2/3 jam…melebihi piagam pelanggan yang ditetapkan. Sedangkan sesi rawatan/pemeriksaan kadang-kadang tak sampai 30 minit. Kadangkala terpaksa melalui banyak kaunter sebelum dapat jumpa doktor terutama kalau kes kali pertama. Semua ini akan mengambil lebih banyak masa dan boleh mengundang ketidaksabaran pesakit. Terlalu banyak prosedur dan banyak menunggu daaa…

Pengalaman sendiri, banyak sangat la kalau bab menunggu ni….

Di HKL; pernah menunggu dari jam 10.30 pagi sampai 3 petang. Di unit kecemasan; 10:30 mlm – 12 tgh malam untuk bayi sampai terus balik tak sanggup menunggu. Unit lain, 9 pagi sampai 11 pagi tak selesai lagi (piagam 1.30-2.30 jam untuk rawatan). Cuma unit pesakit luarnya boleh dikira berpatutan la.

Di HUKM lagi la..aku sanggup lagi ke HKL lagi walaupun HUKM kat depan rumah je. Kat situ, 3/4 jam belum tentu dapatnya la..pernah bawa anak aku koyak kepala, tunggu dari pukul 8 malam, 11 malam tak dapat lagi…terus aku belah pergi kat klinik swasta..tak sampai 30 minit siap. Tu…koyak kepala…diulangi KOYAK KEPALA..!!!!kalau yang lain, tak tau la..

Di Hospital Selayang, bawa bayi (anak aku no. 2)demam panas, dari jam 8 malam sampai 10.30 malam tak panggil lagi…terus aku belah. Bawak kat HKL pulak malam tu jugak, kena pergi kat kecemasan pasal bawah 2 tahun, sampai 12 malam tak dapat2 gak..Terus belah je…esoknya gi kat Klinik Tanglin…..sekejap je settle…bayi diberi keutamaan.

Kat klinik kompeni aku (gomen tapi ada klinik sendiri), boleh dikira ok la…standard waiting time; 1 – 1 jam setengah la…kalu pandai cari masa, 20 minit settle. Cuma kalau untuk rawatan khas tu takde la…ok la tu..

Inilah cabaran yang perlu dihadapi kalau nak dapatkan rawatan di hospital gomen (tapi tak dinafikan ada sesetengah perkhidmatan lagi bagus di hospital kerajaan). Sebelum pergi ke hospital/klinik kerajaan nasihat saya yang pernah melaluinya…..Persiapkanlah diri anda dengan TAHAP KESABARAN YANG MAKSIMA…!!!!!!!!!

FIKIR-FIKIRKANLAH…………………………...

cinta kenangan silam………..pohonan permainan zaman kecilan

Bila terjumpa semua pokok-pokok ni, teringat zaman kanak-kanak riang dulu…. pokok-pokok ni la dulu merupakan antara bahan permainan…semua ni aku terjumpa di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Yang paling tak patut…..kenangan klepet buah durian…………yang lain-lain, biar la ku simpan sebagai memori terindah zaman silam……

salam aidiladha di kotaraya

Kali ni, entah dah kali yang ke berapa aku & kami (aku:masa bujang, kami : masa dah kahwin) beraya haji di kota Kuala Lumpur ni. Selalunya raya haji kami tak balik kampung dan seingat aku sejak kawin ni baru sekali kami balik kampung.

Tahun ni nampak gayanya surau kat rumah aku, Surau Apartmen Lumayan ni buat Solat Sunat Aidiladha untuk kali yang pertama (mungkin dah dapat kelulusan pejabat agama ku), sebelum tak buat dan biasanya aku solat di Masjid Saidina Othman Affan di Bandar Tun Razak. Jadi tahun aku solat kat sini je la, untuk memeriahkan lagi suasana.

Dan untuk tahun jugak, kat apartmen aku ni ada buat korban 2 ekor lembu. Dapatla kut merasa daging lembu tempatan segar. Ni duk asyik makan daging lembu import je….isteri aku buat rendang pun guna daging import. Kalau ada visual, nanti aku updatekan kat sini……………………..

“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA”

-tak de gambar yang sempat disnap masa aktiviti pengorbanan dua ekor lembu tu….sibuk berhempas pulas mengerjakan lembu korban. yang sempat gambar daging & tulang yang dah jadi sup….gambar kat bawah tu…tu pun snap dah kat rumah yang dibawak balik. Dapat gear box tu……

Kisah keistimewaan Makam Syeikh Abdullah bin Abdul Qahar….

Diceritakan bahawa kawasan pemakaman keluarga Syeikh Abdullah bin Abdul Qahar dulunya dipagar dengan menggunakan sejenis kayu iaitu kayu berlian secara berpangkah-pangkah. Kayu berlian merupakan sejenis kayu yang keras dan bermutu serta susah untuk diperolehi. Namun sekarang kayu yang menjadi pagar makam tersebut telah habis semuanya diambil oleh orang-orang kampung berhampiran dan sekarang dipagar dengan pagar konkrit berwarna putih.

Makam Syeikh Abdullah dan keluarganya sekarang…

kayu berlian (sumber dari google images)

Dikatakan kayu berlian itu boleh digunakan untuk mengubat beberapa penyakit menyebabkannya habis diambil (mungkin lebih tepat ‘dicuri’) orang kampung berdekatan. Saya sendiri pernah bertemu dengan salah seorang yang menyimpan sedikit kayu tersebut dan diberitahu bahawa kayu itu boleh digunakan untuk merawat demam dan sakit perut dengan meminum air asahan kayu berlian itu…WALLAHUA’LAM..namun hajat saya untuk meminta secebis kayu tersebut tidak diperkenankan, untuk melihatnya pun tidak dipenuhi. Mungkinkah beliau ada alasan yang tersendiri dan orang tua yang menyimpan kayu berlian pagar makam itu telah pun meninggal dunia beberapa belas tahun yang lepas. Saya menemui orang tua ini pun semasa saya di usia belasan tahun dulu.

Terdapat juga satu cerita di mana ada seorang yang tidak mempercayai kekeramatan Tuk Pauh (orang kampung berhampiran percaya Tuk Pauh mempunyai keramatnya tersendiri) telah bertindak menyepak pagar makam Tuk Pauh (pagar makam masa ini masih dipagari dengan kayu berlian). Akibat daripada tindakan tersebut, orang itu telah jatuh sakit teruk sehingga perlu dipapah kembali ke makam Tuk Pauh untuk mengubatinya. Selepas peristiwa berkenaan, orang ini telah sembuh tetapi menjadi seperti seseorang yang tidak dipedulikan oleh masyarakat (istilah kampung saya dipanggil ‘tak naik darjat’). Nama orang yang menyepak pagar makam ada diberitahu tetapi saya sudah lupa dan saya cuba dapatkan kembali cerita ini dari sumber asal.

Update : Orang yang dimaksudkan dipanggil dengan panggilan nama Cik (Encik) Daud..

Peringatan:   Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk meminta sesiapa mempercayai kekeramatan kubur atau makam seseorang tetapi Allah boleh menganugerahkan kelebihan kepada sesiapa yang disukainya. Walaupun tidak mengagumi atau menyukai seseorang tetapi janganlah sampai bersikap kurang ajar..

Protected: Keistimewaan Syeikh Abdullah bin Abdul Qahar…..mungkinkah sekadar mitos?

This content is password protected. To view it please enter your password below: