Protected: JEJAK LELUHUR THE SERIES……………..Syarif Abdullah bin Syarif Abdul Qahar a.k.a Tok Pauh

This content is password protected. To view it please enter your password below:

CINTA KENANGAN SILAM……………1.!!!

Sawah padi, tempat permainan zaman kanak-kanak di Dusun Gadong, Pasir Nering/Dusun.

Semasa balik raya itu hari, sambil aku nak ziarah satu tempat yang semakin terbiar, sempat aku mengajak emak untuk melihat tempat yang pernah menjadi kawasan sawah padi semasa zaman aku kecik-kecik dulu. Kalau tak silap aku masa tu umur aku dalam lingkungan 5 atau 6 tahun kut. Mak aku sebenarnya susah nak ikut berderak (jalan2) tapi bila aku cakap nak tengok tapak kebun/sawah tu baru lah dia nak ikut. Kat sinilah dulu mak ayah aku bertanam padi huma. Nak sampai kat sini bukan dekat tu, duduk kat Kg Temir..kena naik perahu dulu melintasi Sungai Terengganu…lepas tu menapak pulak dalam 3 @ 4 km mendaki bukit kecik, lintas alur (anak sungai) baru sampai kat sini. Kalau datang sini mesti waktu pagi dan balik nak dekat maghrib. Dulu masa bertanam padi tu seronok, buat secara bergotong-royong ramai-ramai. Kat sebelah tapak sawah ni ada satu paya, arwah ayah kadang-kadang pasang jerat burung wak-wak, dapat la merasa daging burung wak-wak sekali-sekala.

dulunya sawah padi,sekarang dah jadi hutan simpan.

Tapi, sayangnya sekarang tanah tu dah jadi semak samun tanpa jagaan. Dulu masa arwah ayah masih ada, dia ada rancang nak pagar dan buat kebun tapi tak sempat bila dia meninggal dulu. Kalaulah aku duduk di kampung, mau rasanya aku usahakan tanah tu daripada terbiar macam tu. Sedih aku tengok tanah pusaka ayah aku tu, walaupun abang aku duduk di sana, nak pergi jenguk pun susah..nak aku usahakan sendiri dari jauh, sapa nak tengokkan…lagipun tanah tu tanah pusaka …banyak ceritanya nanti…harap aku boleh buat sesuatu sebelum emak pergi..Ya Allah..panjangkanlah usia ibuku. Amin.

CINTA KENANGAN SILAM the series………….????

ENTRI DALAM PEMBIKINAN………………..

1.Sawah padi, tempat permainan zaman kanak-kanak di Dusun Gadong, Pasir Nering/Dusun.

2.Burung yang famous di zaman kanak-kanak.

3.Kuih-muih tradisional yang susah ditemui sekarang lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.

hari terakhir di…………………

BULAN RAMADHAN…!!!!!!!!!!

Berbaloikah dengan amalan di bulan mulia ini……..?

Hari ini merupakan hari terakhir di bulan Ramadhan untuk tahun ini……….

Mungkinkah dapat bertemu kembali di masa hadapan…..

Diharapkan semoga dapt bertemu kembali di tahun hadapan……….

FIKIR-FIKIRKANLAH…………

Berbuka puasa di……

WILD RICE RESTAURANT, 9th FLOOR, BOULEVARD HOTEL, MIDVALLEY, KL…………..!!!!!

Hari tu berbuka puasa tak berapa puas hati…masa beli juadah kat Pasar Ramadhan….jadi semalam berbuka agak mewah la di sebuah hotel..(dapat baucer free.kalau tak payah aku nak gi makan kat sini RM100++ tu satu kepala.)..So, dapat la aku cover balik ketidakpuashatian aku terhadap juadah yang dibeli di pasar Ramadhan hari tu…Dapat la makan dengan penuh kepuashatian kat hotel tu, balik pukul 9.00 lebih tu..balun puas hati…Gambarnya nanti aku tepekkan…sekarang tak boleh la…Maxis berukband ni slow macam s**l la malam ni..

Anak aku posing kat tepi kolam..(banyak kali mintak kebenaran kat aku nak mandi..)

Aku…kena jadi…BABY SITTER….!!!!

Penuh meja tu…gambar selepas sessi pembedalan berlaku….gambar sebelum tak sempat nak ambik dah licin…

Masa nak balik, masuk kat megamall…singgah kedai speks untuk test mata anak sulung….terjumpa dengan mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa (betul ke..?) & mantan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz…orang rumah aku & anak aku nak bergambar dengan beliau……layann……….

Yang lama atau yang baru….

Nothing to share…cuma nak comparekan antara sesuatu yang baru dengan yang lama…apa yang lama…apa yang baru…? Cuma juadah/lauk lama dengan juadah yang baru dan moden…

Sejenis lauk orang dulu-dulu……kat Terengganu dinamakan dia PELARA..(gambar sebelum & selepas dimasak)..ada dah entri pasal pelara ni….ada kat sini : lauk orang dulu-dulu…

Dan ni pulak sejenis buah yang boleh dijadikan juadah berbuka…ramai orang la ni tak kenal dah buah ni…mahal tu..aku beli kat Chow Kit sekilo RM5 tu…Namanya buah Sentul (kapung aku buoh setul)…Sedap wat masak lemak…(gambar dah siap buat masak lemak tak sempat snap la…sedap sangat sapa lupa nak ambik gambar)..

Dan yang ni pulak juadah moden…western style…LAMB CHOP  + SPAGHETI sendiri bikin…boring makan nasi, berbuka dengan western style …

Membeli juadah di pasar Ramadhan…suatu catatan.

Hari orang tak nak masak, so aku just pergi beli je di satu Pasar Ramadhan yang tak berapa jauh dari rumah….Kesimpulan yang dapat aku adalah seperti di bawah….

1.Nasi dagang lauk ikan tongkol/ikan aye – kuoh cair lole kata org Kelantan, tak memuaskan sungguh.

2.Nasi kerabu lauk gulai daging – nasi kerabu biase je, gulai daging tu kira ok la, tengok anak aku makan ok je..

3.Kuih badak berendam – memang hampeh, tak sedap langsung…rugi je beli…2 hinggit tu..aku makan sebutir setengah je dh kembang rasa tekak aku..tong sampah la nampaknya.

4. Ayam golek – agak tidak memuaskan..kuahnya sama macam kuah nasi ayam…macam tu ka…

5. Kuih agar-agar & donut – agak ok la….

Rumusannya….belanja aku hari kat Pasar Ramadhan agak tidak berbaloi..aku pun sebenarnya jarang membeli di Pasa Ramadhan ni pasal orang rumah aku lebih suka masak…

Lokasi pasar Ramadhan tu perlu ke aku war-warkan…

BERSIH 2.0….kenapa tidak diwajarkan..?

Semalam, hari dan mungkin sampai esok, mungkin sampai minggu depan cerita tentang BERSIH 2.0 akan diperkatakan lagi. Mungkin sehingga timbul isu baru la cerita tentang BERSIH 2.0 kan sepi.

Tapi di sini tak nak la saya ulas & tulis komen ke berkenaan BERSIH ni pasal dah banyak sangat yg tertulis di internet. Cuma saya nak buat sikit cadangan la berkenaan Perhimpunan BERSIH dan mungkin untuk lain-lain perhimpunan.

-Kenapa tidak Perhimpunan tu dibenarkan, dengan penuh kawalan (mungkin boleh mengurangkan bilangan polis yg akan digunakan). Aturkan polis untuk mengawal di sepanjang perarakan untuk mengawal peserta dari merusuh ke, merosakkan hartabenda ke, mengawal lalulintas ke (boleh kurangkan kesesakan sikit). Laluan utk berarak pulak, berikan hanya satu laluan sahaja.

-Tetapkan tempat untuk berhimpun & tempat untuk bermulanya perarakan. Contohnya bermula di Stadium Merdeka & berhimpun di Dataran Merdeka (atau lain2 tempat yg sesuai). Namun, pastikan permit berhimpun & berarak ada & diberi oleh pihak berwajib (boleh dapat ke). Kalau nak kata kesesakan, kat KL ni memang selalu sangat la, eksiden sikit jem, tutup jalan sikit jem. Baik punya cara yang sikit sistematik, boleh la kut kurangkan sikit jem.

-Hadkan atau tetapkan bilangan peserta untuk menyertai perhimpunan contohnya 30,ooo orang ke, 50,000 orang ke mengikut kesesuaian. Disamping itu kenakan deposit cagaran sebagai gantirugi jika berlaku kerosakan harta benda awam & kerosakan kepada orang awam. Contohnya kenakan deposit RM 30,000 ke ataupun mengikut jumlah peserta. Kalau 50,000 orang kenakan RM50,000 (ala baru singgit satu kepala, nak banyak buat la 2 hinggit ke , 3 hinggit ke..). Kalau ada kerosakan, tolak daripada duit deposit tu, kalau nak lagi tetapkan je, kalau bermasalah deposit hangus.. Dapat untung lagi ape..

-Tetapkan masa untuk program ni…katakan pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Lepas pada waktu ni tak dibenarkan. Buat jugak pada lebihmasa….tangkap je..

Lagipun, semua ni dpt memberi keuntungan kepada banyak pihak, win win situation. Yang nak berhimpun dapat, peniaga dapat terus berniaga, untung lagi apa bila orang ramai masuk KL. Yang pergi berhimpun bawak keluarga, lepas habis boleh bawa anak bini berjalan & shopping…untung ape tu….

So, pada aku, semua boleh menjadi lebih baik jika difikirkan kewajarannya. Tambahan pulak, orang sekarang makin dihalang makin bersemangat jadinya..

Oleh itu …fikir-fikirkanlah sendiri….

 

 

Ziarah lagi makam tua di Kuala Lumpur

Tengah hari tadi, waktu rehat aku mengambil kesempatan menziarahi makam tua, Harun Ar-Rasyid di Sentul. Aku tepekkan gambarnya kat bawah ni..

Masa ziarah tu aku ada sembang dengan sorang brader kat situ, mungkin penjaga makam atau keluarganya kut. Dia banyak meluahkan tentang ketidakpuashatian beliau mengenai beberapa agensi kerajaan. Nanti aku sambung lagi…..kat sini jugak…

kuat betul promosi 1 Malaysia….sampai kat seluar kecik pun ada…!!

Betul-betul punye kempen 1 Malaysia ni….sampai buat seluar kecik 1 Malaysia la pulak…

Sanggupkah anda memakainya….?? Sendiri fikir la…