BERSIH 2.0….kenapa tidak diwajarkan..?

Semalam, hari dan mungkin sampai esok, mungkin sampai minggu depan cerita tentang BERSIH 2.0 akan diperkatakan lagi. Mungkin sehingga timbul isu baru la cerita tentang BERSIH 2.0 kan sepi.

Tapi di sini tak nak la saya ulas & tulis komen ke berkenaan BERSIH ni pasal dah banyak sangat yg tertulis di internet. Cuma saya nak buat sikit cadangan la berkenaan Perhimpunan BERSIH dan mungkin untuk lain-lain perhimpunan.

-Kenapa tidak Perhimpunan tu dibenarkan, dengan penuh kawalan (mungkin boleh mengurangkan bilangan polis yg akan digunakan). Aturkan polis untuk mengawal di sepanjang perarakan untuk mengawal peserta dari merusuh ke, merosakkan hartabenda ke, mengawal lalulintas ke (boleh kurangkan kesesakan sikit). Laluan utk berarak pulak, berikan hanya satu laluan sahaja.

-Tetapkan tempat untuk berhimpun & tempat untuk bermulanya perarakan. Contohnya bermula di Stadium Merdeka & berhimpun di Dataran Merdeka (atau lain2 tempat yg sesuai). Namun, pastikan permit berhimpun & berarak ada & diberi oleh pihak berwajib (boleh dapat ke). Kalau nak kata kesesakan, kat KL ni memang selalu sangat la, eksiden sikit jem, tutup jalan sikit jem. Baik punya cara yang sikit sistematik, boleh la kut kurangkan sikit jem.

-Hadkan atau tetapkan bilangan peserta untuk menyertai perhimpunan contohnya 30,ooo orang ke, 50,000 orang ke mengikut kesesuaian. Disamping itu kenakan deposit cagaran sebagai gantirugi jika berlaku kerosakan harta benda awam & kerosakan kepada orang awam. Contohnya kenakan deposit RM 30,000 ke ataupun mengikut jumlah peserta. Kalau 50,000 orang kenakan RM50,000 (ala baru singgit satu kepala, nak banyak buat la 2 hinggit ke , 3 hinggit ke..). Kalau ada kerosakan, tolak daripada duit deposit tu, kalau nak lagi tetapkan je, kalau bermasalah deposit hangus.. Dapat untung lagi ape..

-Tetapkan masa untuk program ni…katakan pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Lepas pada waktu ni tak dibenarkan. Buat jugak pada lebihmasa….tangkap je..

Lagipun, semua ni dpt memberi keuntungan kepada banyak pihak, win win situation. Yang nak berhimpun dapat, peniaga dapat terus berniaga, untung lagi apa bila orang ramai masuk KL. Yang pergi berhimpun bawak keluarga, lepas habis boleh bawa anak bini berjalan & shopping…untung ape tu….

So, pada aku, semua boleh menjadi lebih baik jika difikirkan kewajarannya. Tambahan pulak, orang sekarang makin dihalang makin bersemangat jadinya..

Oleh itu …fikir-fikirkanlah sendiri….

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *