Category Archives: cinta kenangan silam the series…

PPUO……Ipoh mali talak sombong woooo……

memori semasa menuntut ilmu…….DKA 6B, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak ketua kelas………Sarah Ketua kelas & penolongnya….Faiz, jejaka kesukaan ramai. aku & Sarah bebudak kelas jejaka terhangat DKA 6B (baju putih paling hangat)…… bebunga 6B geng penang mai…. faezah & geng… SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA EX-DKA6B 2010…. p/s: entri penghilang boring di bulan puasa…….maaf jika ada yang terasa…

kampung ku………Kampung Pauh

Rakaman kenangan yang diperolehi secara tersembunyi dan hati-hati……kena igap bulih nyor la jawabnye…. Masjid Lama Kampung Pauh…..hanya gambar sebagai kenangan, masjid ini telah runtuh dimamah usia… Kitab Bintang 12……sebuah kitab lama Keterangan mengenai Kitab Bintang 12 p/s : Tak dapat dipastikan sama ada penulisnya Wan Ismail bin Yusof berasal dari Kampung Pauh, Kuala Berang atau Kg Pauh yang lain…

Tok Khatib We’………………

Terpanggil untuk taruk gambar arwah tokki bila terbaca satu posting kat facebook yang memohon untuk melihat gambarnya oleh salah seorang cucu beliau (yg lahir selepas kematiannya). Kebetulan ada tersimpan gambarnya, lalu aku scan dan tempek sekali la kat blog aku ni….pas ni aku upload la kat facebook aku pulak… Allahyarham Khatib Ismail Ismail bin Umar. Bekas imam Masjid Kg Pauh,… (more…)

ikan sungai………..memori suatu ketika dulu.!

Umpama sungai…..tempat permainan suatu ketika dulu. ikan belida ikan lampam ikan toman Iffah & ikan tilan ikan baung……favourite aku ni, kalau balik kampung mesti cari sekor dua…. ikan bujuk, ikan haruan atau ikan ubi ?…..i’m not sure ikan aji-aji….suka nengok ikan ni… ikan tapah…….gerun dengan ikan ni dulu, boleh membesar sebesar tong dram. ikan sepat Masih ada lagi ke ikan-ikan… (more…)

kuih sedap ngat……!!!!!

Nothing special…………….cuma sejenis kuih yang aku suka masa zaman sekolah dulu…..terjumpa semasa aku singgah di Kuala Abang(entri Kuala Abang), dalam perjalanan balik kampung di sebuah kedai di daerah Dungun semasa membeli sarapan pagi. Yang pasti aku pun tak tahu apa nama kuih ni…macam apam tapi cicah dengan kuah yang sedikit berempah…sedap tu…!!!!!!

Exotic, rare and classic food from my hometown…..

Dapat menikmatinya semula hanya semasa balik kampung……Hidangan ala kampung….so exotic loorrr : Sup ayam kampung, ikan baung masak kuning, ikan lampam panggang, sayur air pucuk midin dan semestinya budu..perghh ayam kampung dari kampungku pucuk midin dari  Pasar Kuala Berang Setelah dimasak, satu hidangan lengkap yang unik dan menyelerakan.. Set lengkap hidangan, sayur air pucuk midin, ikan lampam panggang, sayur kuning… (more…)

cinta kenangan silam………..pohonan permainan zaman kecilan

Bila terjumpa semua pokok-pokok ni, teringat zaman kanak-kanak riang dulu…. pokok-pokok ni la dulu merupakan antara bahan permainan…semua ni aku terjumpa di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Yang paling tak patut…..kenangan klepet buah durian…………yang lain-lain, biar la ku simpan sebagai memori terindah zaman silam……

CINTA KENANGAN SILAM……………2.!!!

BURUNG YANG FAMOUS DI ZAMAN KANAK-KANAK. Sewah dan punai…… Dua spesies burung yang lama sangat aku tak jumpa…kat zoo mungkin ada kut..Sewah atau siwah (panggilan kat kampung aku)..ni sejenis burung pemangsa macam burung helang. Gambar sewah ni akuni aku snap kat ofis aku ari..masa dia bertenggek kat tingkat tandas di tingkat 29. Aku rasa teruja pasal lama sangat aku tak… (more…)

CINTA KENANGAN SILAM……………1.!!!

Sawah padi, tempat permainan zaman kanak-kanak di Dusun Gadong, Pasir Nering/Dusun. Semasa balik raya itu hari, sambil aku nak ziarah satu tempat yang semakin terbiar, sempat aku mengajak emak untuk melihat tempat yang pernah menjadi kawasan sawah padi semasa zaman aku kecik-kecik dulu. Kalau tak silap aku masa tu umur aku dalam lingkungan 5 atau 6 tahun kut. Mak aku… (more…)

CINTA KENANGAN SILAM the series………….????

ENTRI DALAM PEMBIKINAN……………….. 1.Sawah padi, tempat permainan zaman kanak-kanak di Dusun Gadong, Pasir Nering/Dusun. 2.Burung yang famous di zaman kanak-kanak. 3.Kuih-muih tradisional yang susah ditemui sekarang lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.