Bola…..oh bola, sepak je ler..!!

KELAYAKAN KEJOHANAN PIALA ASIA BAWAH 22 TAHUN

Perlawanan tumpuan…….Malaysia VS Myanmar

Keputusan………………….1 – 2

Akibatnya………………….Malaysia gagal ke Pusingan Akhir Kejohan Piala Asia Bawah 22 Tahun pada tahun depan..!!

sumber : myanmar senyum lebar

ISUNYA…….Berdasarkan laporan media, Myanmar menggunakan pemain-pemain (bukan sorang tu….) yang lebih umur. Pengurus Malaysia telah membuat bantahan awal selepas perlawanan tersebut.

sumber : FAM tak mahu bantah

WALAU BAGAIMANAPUN, FAM tidak meneruskan bantahan tersebut kerana menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad…bukti yang diperoleh tidak cukup bagi membolehkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat siasatan. Namun espnstar.com, telah menyiarkan berita berkaitan perkara ini.

artikel penuh : http://www.espnstar.com/home/news/detail/item824296/New-claim-may-hurt-Myanmar-case/

APA PUN …..apa yang berlaku ada pro dan kontranya….Sepatutnya FAM meneruskan bantahan tersebut KERANA….dari aspek moral, Myanmar tidak patut berbuat demikian (jika benar pemainnya lebih umur) dan AFC akan membuat siasatan jika ada bantahan. Jika benar, Malaysia akan berpeluang ke pusingan akhir dan ini akan menjadi pengajaran kepada negara lain untuk tidak melakukannya tetapi jika tidak benar akan memulihkan nama baik Myanmar tambahan lagi sebagai tuanrumah. Soalnya, mengapa tiada bantahan….dan tugas menyiasat adalah tanggungjawab AFC untuk membuktikan ketelusannya. Jika benar FAM betul-betul mahukan Malaysia ke pusingan akhir, usahakanlah sehingga ke jalan terakhir…….ataupun sayang untuk mengeluarkan duit cagaran bantahan?

NAMUN…dari sudut lain, pasukan Malaysia sebenarnya masih belum cukup ampuh walaupun ada antara pemainnya memang bagus. TETAPI masih belum kental dalam sebuah pasukan dan jurulatih malahan FAM sendiri sepatutnya melihat perkara ini. Kenapa…? Jika pasukan bolasepak Malaysia betul bagus dan ampuh, walaupun Myanmar mahupun pasukan lain menggunakan pemain lebih usia atau pemain import sekalipun….masih boleh memberikan tentangan dan meraih kemenangan. Jangan isu itu dijadikan sebab kegagalan. Lihat kepada keadaan sendiri dahulu..dan badan yang berkenaan patut fikirkan sesuatu untuk kemajuan bolasepak Malaysia..

p/s: rindukan kegemilangan bolasepak Malaysia sebagaimana suatu ketika dahulu digeruni & disegani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *