nota : dah lama sangat tak update ‘personal site’ aku ni. sebenarnya sesi santai ni bulan Jun yang lepas, draftnya dah lama buat tapi terbengkalai….malam ni pulak ye mari teringat ke ‘ruang permainan alam maya’ ni semula…layan je la..
SANTAI DI BUKIT FRASER
Bersantai selama 3 hari 2 malam di The Pine Resort menggunakan kemudahan yang disediakan oleh majikan “ambe”….so dapatla kadar sewa yang memang berbaloi-baloi. (gambor resort dok juppe la pulok duk mane..)
Bolehla dikatakan sesapa yang berkunjung ke sini, akan bergambar dengan “landmark” Bukit Fraser ni…Menara Jam di “roundabout” Bukit Fraser. Kalau tak datang ziarah sini boleh kata tak sah la lawatan kat sini…“landmark” ni la yang menyambut kedatangan pengunjung ke sini..
Laluan masuk utama (jalan masuk sahaja, keluar ikut laluan lain) ke Fraser Hill…bangunan yang ada di kiri kanan ni dah agak lama tapi terjaga dan masih digunakan. Bangunan sebelah kanan tu..Balai Polis dan sebelah kiri tu Klinik Pesakit Luar…dan yg tengah-tengah tu la letaknya ikon Fraser Hill..
Balai Polis (tahun 1919 tu)
Tempat lain payah nak jumpa dah peti surat yang macam ni..rasanya peti surat dari zaman kolonial lagi ni kut.
Laluan keluar (turun..) dari Fraser Hill..Dulu satu jalan je dan ada penggiliran waktu turun serta naik..La ni dah diasingkan jalan untuk naik dan turun…senang la sikit tak payah nak menunggu.
Jalan Pecah Batu (laluan keluar sahaja)
Suasana di pagi hari di Fraser Hill memang mendamaikan. Jauh dari hingar-bingar dan hiruk-pikuk kota. Dengan cuaca yang mendinginkan dan persekitaran yang tenang dan jauh sekali untuk melihat kesesakan lalulintasnya…hilang rasa sesak di dada.
menghayati lanskap kehijauan alam
menanti kemunculan mentari pagi di balik awan
Antara aktiviti yang terdapat di sini….menunggang kuda dan memanah di The Paddock’s Fraser Hill..Semestinya dengan sedikit bayaran.
Bangunan lama di The Paddock’s (bangsal kuda kalau tak silap la)
Trek menunggang kuda
Selain tu ada jugak mini taman tema air (mini water theme park)….Allan’s Water Park. Kat sini boleh main kayak, ‘paddle boat’ dan ‘water ball’..
Bersebelahan Allan’s Water Park, terdapatnya Taman Flora. Walau pun agak terhad kefloraannya tapi ok la untuk santai-santai…tak de tiket masuk pun..
Taman Flora
Puteri sulung (specky)..Dina dan puteri kedua…Aisyah (angah)