CINTA KENANGAN SILAM……………1.!!!

Sawah padi, tempat permainan zaman kanak-kanak di Dusun Gadong, Pasir Nering/Dusun.

Semasa balik raya itu hari, sambil aku nak ziarah satu tempat yang semakin terbiar, sempat aku mengajak emak untuk melihat tempat yang pernah menjadi kawasan sawah padi semasa zaman aku kecik-kecik dulu. Kalau tak silap aku masa tu umur aku dalam lingkungan 5 atau 6 tahun kut. Mak aku sebenarnya susah nak ikut berderak (jalan2) tapi bila aku cakap nak tengok tapak kebun/sawah tu baru lah dia nak ikut. Kat sinilah dulu mak ayah aku bertanam padi huma. Nak sampai kat sini bukan dekat tu, duduk kat Kg Temir..kena naik perahu dulu melintasi Sungai Terengganu…lepas tu menapak pulak dalam 3 @ 4 km mendaki bukit kecik, lintas alur (anak sungai) baru sampai kat sini. Kalau datang sini mesti waktu pagi dan balik nak dekat maghrib. Dulu masa bertanam padi tu seronok, buat secara bergotong-royong ramai-ramai. Kat sebelah tapak sawah ni ada satu paya, arwah ayah kadang-kadang pasang jerat burung wak-wak, dapat la merasa daging burung wak-wak sekali-sekala.

dulunya sawah padi,sekarang dah jadi hutan simpan.

Tapi, sayangnya sekarang tanah tu dah jadi semak samun tanpa jagaan. Dulu masa arwah ayah masih ada, dia ada rancang nak pagar dan buat kebun tapi tak sempat bila dia meninggal dulu. Kalaulah aku duduk di kampung, mau rasanya aku usahakan tanah tu daripada terbiar macam tu. Sedih aku tengok tanah pusaka ayah aku tu, walaupun abang aku duduk di sana, nak pergi jenguk pun susah..nak aku usahakan sendiri dari jauh, sapa nak tengokkan…lagipun tanah tu tanah pusaka …banyak ceritanya nanti…harap aku boleh buat sesuatu sebelum emak pergi..Ya Allah..panjangkanlah usia ibuku. Amin.

1 Responses to CINTA KENANGAN SILAM……………1.!!!

  1. Pingback: CINTA KENANGAN SILAM the series………….???? | I'M MALI, SEBUAH CATATAN..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *