Kembali Mencari Melayuku di Jalan Melayu…….

nota : lama gile tu draf untuk post ni…..baru hari ni (29 Oktober 2016), woww..1 tahun, 2 bulan , 16 hari tuuu…baru aku terasa nak tepekkan kat Sekadar Catatan…pergh gila lama.. 13 Ogos 2015 Menziarahi Jalan Melayu kali kedua pada 9 Ogos 2015 setelah pencarian Melayu kali pertama pada 22 Februari 2014. Meninjau kembali andainya ada ku temui identiti Melayu…… (more…)

Tak usah pening-pening……jom Cherating..!!!!

nota lagi : dah laaaaaaaaama sangat tak update ‘personal site’ aku ni. sebenarnya sesi santai ni bulan September lepas sempena cuti sekolah bertempek sekali dengan cuti Hari Raya Haji yang lepas, ….malam ni pulak ye mari teringat pulop ke ‘ruang permainan alam maya’ ni semula…layan je la..   BERGULING BATING DI CHERATING Standard biasa kalau bercuti….3 hari 2 malam semestinya…kali ni… (more…)

menggigil di Fraser Hill…?

nota : dah lama sangat tak update ‘personal site’ aku ni. sebenarnya sesi santai ni bulan Jun yang lepas, draftnya dah lama buat tapi terbengkalai….malam ni pulak ye mari teringat ke ‘ruang permainan alam maya’ ni semula…layan je la.. SANTAI DI BUKIT FRASER Bersantai selama 3 hari 2 malam di The Pine Resort menggunakan kemudahan yang disediakan oleh majikan “ambe”….so dapatla… (more…)

Pasar Chih Tu, Kelantan

Tempat yang hampir menjadi lokasi wajib disinggahi apabila pulang ke kampung halaman isteri. Merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk mengosongkan “saku seluar” anda sebelum kembali ke perantauan. Tips apabila ingin melawat ikon Tanah Merah atau nama sejarah lamanya “Chi Tu” atau “Chih Tu”….pastikan bonet kenderaan anda mempuyai ruang yang secukupnya….Pasar Besar Tanah Merah Suasana di dalam Pasar Tanah Merah yang agak… (more…)

Pasar Foloan, Bumi Terqanun…..

Panorama Pagi Di Pasar Pagi Kuala Berang, Terengganu. Kuala Berang di masa silam dikenali dengan nama Foloan merupakan antara lokasi yang bersejarah di Malaysia. Paling tersohor adalah sejarah penemuan Batu Bersurat Terengganu. Pasar pagi di sini merupakan tempat penduduk kampung berhampiran menjual hasil tanaman mahupun hasil tangkapan di sungai berhampiran. Antara tempat kunjungan kegemaran apabila pulang ke kampung halaman mencari… (more…)

berkarat lagi…….Pasar Karat Jalan Sultan

Pasar Karat Jalan Sultan….walaupun sebenarnya di celah lorongan dan celahan belakang bangunan. Setelah menziarahinya untuk kali pertama sebelum ini; Berkarat di hari minggu…..Jalan Sultan, Kuala Lumpur, ziarah second series dilaksanakan. Catatan dipaparkan melalui seni foto (street photography la kut), biar foto sendiri berbicara. PAPAN TANDA PASAR KARAT. Antara barangan antik yang bukan mudah untuk dicari, masih mampu dimiliki di Pasar Karat.… (more…)

KeMelayuan……..layu di Jalan Melayu

Ku temui Jalan Melayu, tapi di mana Melayunya….berapa ramai Melayu yang tahu di mana Jalan Melayu, berbanding Melayu yang tahu Jalan Masjid India. Lihat map yang ditempekkan untuk mengetahui lokasinya…seumpama melukut di tepi gantang, bertempel di sebelah Jalan Masjid India. Lokasi Jalan Melayu Mampukah Jalan Melayu bersinar seumpama sinaran lampu jalanan yang indah, mahupun akan malap ataupun akan terus usang… (more…)

Berkarat menambah semangat…..

Jalan-jalan pada hujung minggu di Pasar Karat Jalan Sultan untuk mengasah skil menembak, tembakan pertama dilepaskan seorang warga emas melintas di depan sekaligus menjadi subjek latihan menembak di jalanan. Kejadian tembakan rambang mencetuskan artikel PENGHUJUNG USIA di Sekadar Catatan.   Paparan artikel PENGHUJUNG USIA di Sekadar Catatan yang mensubjekkan warga emas di jalanan.     Imej warga emas di Pasar… (more…)

Berkarat di hari minggu…..Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Tertarik dengan coretan tentang suatu sisi kehidupan warga sebuah kota metropolitan di sebuah blog; Pasar Karat Kuala Lumpur dan juga untuk mencari bahan untuk blog ni supaya tak bersawang…..Aku mencari lokasinya….Jalan Sultan berhampiran Jalan Petaling. Berdepan sedikit kesukaran, bertembung dengan program OCBC Cycle Malaysia, terpaksa berpusing-pusing mencari jalan ke pasar karat Jalan Sultan.. PENGHUJUNG USIA Panorama pertama di lokasi, tanpa… (more…)

“Kehilangan Dunia di Tambun” & Kedinginan di Ulu Chepor

Siri cuti-cuti santai di Ipoh, Perak… Bermula dengan program family day opis di Pantai Teluk Batik, Lumut pada 21-22 Disember langsung sambung cuti di Ipoh sehingga 24 Disember untuk mencari dunia yang hilang di Tambun  seterusnya menikmati durian kampung segar dari ladang setelah berendam di Air Terjun di Kampung Ulu Chepor, Chemor. Di Ipoh kami menginap di Nazra Homestay, Taman… (more…)

1 2 3 4 5 9 10