menggigil di Fraser Hill…?

nota : dah lama sangat tak update ‘personal site’ aku ni. sebenarnya sesi santai ni bulan Jun yang lepas, draftnya dah lama buat tapi terbengkalai….malam ni pulak ye mari teringat ke ‘ruang permainan alam maya’ ni semula…layan je la..

SANTAI DI BUKIT FRASER

Bersantai selama 3 hari 2 malam di The Pine Resort menggunakan kemudahan yang disediakan oleh majikan “ambe”….so dapatla kadar sewa yang memang berbaloi-baloi. (gambor resort dok juppe la pulok duk mane..)

fraserMpapantanda aluan Bukit Fraser

 Bolehla dikatakan sesapa yang berkunjung ke sini, akan bergambar dengan “landmark” Bukit Fraser ni…Menara Jam di “roundabout” Bukit Fraser. Kalau tak datang ziarah sini boleh kata tak sah la lawatan kat sini…“landmark” ni la yang menyambut kedatangan pengunjung ke sini..

 

 

fraserJMenara Jam Fraser Hill

Laluan masuk utama (jalan masuk sahaja, keluar ikut laluan lain) ke Fraser Hill…bangunan yang ada di kiri kanan ni dah agak lama tapi terjaga dan masih digunakan. Bangunan sebelah kanan tu..Balai Polis dan sebelah kiri tu Klinik Pesakit Luar…dan yg tengah-tengah tu la letaknya ikon Fraser Hill..

fraserBlaluan masuk utama

fraserKBalai Polis (tahun 1919 tu)

fraser58Pejabat Pos

Tempat lain payah nak jumpa dah peti surat yang macam ni..rasanya peti surat dari zaman kolonial lagi ni kut.

fraserIpeti surat yang unik

Laluan keluar (turun..) dari Fraser Hill..Dulu satu jalan je dan ada penggiliran waktu turun serta naik..La ni dah diasingkan jalan untuk naik dan turun…senang la sikit tak payah nak menunggu.

 

fraserDlaluan keluar

fraserEJalan Pecah Batu (laluan keluar sahaja)

 

Suasana di pagi hari di Fraser Hill memang mendamaikan. Jauh dari hingar-bingar dan hiruk-pikuk kota. Dengan cuaca yang mendinginkan dan persekitaran yang tenang dan jauh sekali untuk melihat kesesakan lalulintasnya…hilang rasa sesak di dada.

 

fraserA menghayati lanskap kehijauan alam

fraserC menanti kemunculan mentari pagi di balik awan

fraserF embun di hujung ranting

Antara aktiviti yang terdapat di sini….menunggang kuda dan memanah di The Paddock’s Fraser Hill..Semestinya dengan sedikit bayaran.

fraserG Bangunan lama di The Paddock’s (bangsal kuda kalau tak silap la)

fraser83Trek menunggang kuda

fraserH Menunggang kuda

fraser111Memanah

Selain tu ada jugak mini taman tema air (mini water theme park)….Allan’s Water Park. Kat sini boleh main kayak, ‘paddle boat’ dan ‘water ball’..

fraserLAllan’s Water Park

Bersebelahan Allan’s Water Park, terdapatnya Taman Flora. Walau pun agak terhad kefloraannya tapi ok la untuk santai-santai…tak de tiket masuk pun..

fraser38Taman Flora

fraser33pokok strawberi

fraser34puteri ketiga, Iffah

fraser35Puteri sulung (specky)..Dina dan puteri kedua…Aisyah (angah)

fraser37Angah & kobis

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>