Semasa balik kampung untuk mengadakan kenduri aqiqah dan cukur jambul puteri bongsu aku tempoh hari (15-20 Mac 2011), aku mengambil kesempatan untuk menziarahi satu makam seorang tokoh yang dipercayai seorang wali atau pendakwah Islam dan juga seorang pemerintah sebuah kerajaan ataupun empayar Islam yang terkenal yang di kenali sebagai Kerajaan Temir dan juga digelar Dinasti Al-Kamil.
Aku mencari makam tua ini tanpa penunjuk arah dan tanpa mengetahui lokasinya yang sebenar. Cuma sekadar mengetahui nama bukit yang menempatkan makam tersebut (biarlah ku rahsiakan namanya….). Juga dengan bantuan sekeping foto yang diuploadkan di dalam facebook seorang rakan. Inilah fotonya…
Bagi mendapatkan lokasi sebenarnya, aku cuba menggunakan google earth, akhirnya aku tahu lokasinya di mana….Rupanya lokasi ini terletak di kawasan yang pernah menjadi kawasan permainan di zaman remaja dulu..
Landmark yang menjadi petunjuk…
Inilah foto yang ku ambil di tempat landmark tersebut semasa menziarahi makam…
Dalam aku mencari kedudukan makam tersebut tanpa petunjuk sebenar , aku terjumpa sebongkah batu yang agak menarik perhatianku di dalam sebuah kebun yang berhampiran makam yang sebenar……
mungkinkah batu ini merupakan nesan bagi satu makam…..?
Dalam pencarian ini, aku hampir mengalah untuk pulang memandangkan 2 orang anakku bersama seorang anak saudaraku menunggu di dalam kereta di bawah bukit bersama kakakku. Tambahan waktu pun semakin senja, lebihkurang pukul 6.30 petang. Hinggalah aku terjumpa satu lorong atau laluan ke puncak bukit, walaupun aku memang terasa ingin pulang tetapi hatiku bagai di tarik untuk menyusuri lorong berkenaan..Alhamdulillah….akhirnya aku berjaya juga menemui makam tua yang ku cari. Syukur …tercapai juga hajatku untuk menziarahi makam ini…
Perasaan sedih dan terharu apabila berada di kawasan makam.Dengan keadaan batu nesan yang tumbang, kawasan sekitar yang tak terjaga dan yang paling menyayat hati apabila melihat kawasan makam tua menjadi kawasn permainan sang b*b*…Hampir menitis air mataku….Tapi sayang aku tak boleh berada lama di situ kerana anakku & anak saudaraku menunggu di bawah bersama kakakku. Tak sempat untuk aku memperbaiki kawasan sekitarnya kerana waktu yang sudah agak lewat, lebihkurang jam 6.40 petang. InsyaAllah….di lain masa pasti aku akan kembali………….
MILIK SIAPAKAH MAKAM TUA YANG DILUPAKAN ITU……………..???????