kl car boot sale…..!!!!!!!!

Tadi masa on the way nak pergi pejabat ternampak la satu signboard yang agak menarik perhatian kat simpang ke Taman Tasik Titiwangsa. Sesuatu aku rasa agak baru kat sini…,,KL CAR BOOT SALE….Selalunya aku dengar car boot sale ni kat luar negara je, tak sangka pulak aku kat sini ada….rasanya ni masih baru lagi…

So, sampai kat pejabat aku try la surf kat internet cari blog atau website yang ada pasal benda ni…tapi tak banyak info yang ada…..bermakna benda ni agak baru….Satu yang aku jumpa cuma kat www.visitkl.gov.my , tu pun tunjuk pasal borang permohonan. Tempatnya di tempat letak kereta, Jalan Temerloh, Taman Tasik Titiwangsa. Diadakan setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Lepas tu aku try pulak carik kat google image gambar-gambar yang berkaitan car boot sale ni…jumpa la gambar-gambar ni…yang disumbangkan oleh kafeklasikstation.blogspot.com


Tapi bila aku buka kat blog tu, entri pasal car boot sale ni dah takde….

Teringin jugak rasanya nak gi tengok tapi agak jauh la dari rumah aku.  Nantilah aku akan cari masa untuk jengah gak kat sini. Bukan terasa macam suasana kat Lokin @ Memory Lane kat Ipoh yang selalu aku pergi masa time belajar dulu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>