nasib bahasa ibunda….MELAYU…Sanggupkah anda membiarkannya pupus & hanya digunakan oleh makhluk halus..?

Itu hari, entah macam mana rasa nak beli paper Sinar Harian (rasanya tak sampai 5 kali beli paper ni)…sekali terjumpa la satu artikel yang agak menarik yang kat atas tu….

Mungkinkah suatu hari nanti betul sepertimana yang ditulis…bahasa Melayu akan pupus dan hanya akan digunakan oleh para bomoh dan juga hanya difahami oleh makhlus halus….Sedih rasanya jika suatu bahasa yang tersohor suatu ketika dulu tetapi sekarang makin dilupakan….Jika diperhatikan di kaca tv…para pembesar negara (sekarang orang panggil Menteri kut) yang berBANGSA MELAYU pun kadang-kadang lebih suka berbahasa penjajah walaupun yang bertanya dalam bahasa MELAYU….Fikirkanlah…………

Mungkin bahasa Melayu akan jadi seperti tulisan Jawi yang semakin dilupakan. Tanyalah kat anak-anak muda sekarang…berapa kerat je lagi yang boleh baca & menulis dalam tulisan Jawi..

Siapakah yang patut dipersalahkan & dipertanggungjawabkan..? Dan siapakah yang sepatutnya memartabatkan kembali BAHASA MELAYU…..? Fikirkanlah………..

p/s: malam tadi tengok rancangan STANZA yang menampilkan Maple Loo, juri rancangan Showdown yang sepanjang rancangan bercakap Melayu tetapi ada sorang pekerjanya (rupa Melayu) bercakap orang putih…olang China pun cakap Melayu loo….!!!!!!malu la sikit…………..!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>