Berkarat di hari minggu…..Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Tertarik dengan coretan tentang suatu sisi kehidupan warga sebuah kota metropolitan di sebuah blog; Pasar Karat Kuala Lumpur dan juga untuk mencari bahan untuk blog ni supaya tak bersawang…..Aku mencari lokasinya….Jalan Sultan berhampiran Jalan Petaling. Berdepan sedikit kesukaran, bertembung dengan program OCBC Cycle Malaysia, terpaksa berpusing-pusing mencari jalan ke pasar karat Jalan Sultan..1886-ocbc-cycle-malaysia-2014

PENGHUJUNG USIA

Panorama pertama di lokasi, tanpa sengaja seorang waga emas bertopi melintas di depan langsung memberi ilham sebagai subjek untuk foto. Tak pasti beliau seorang penjaja atau pembeli di pasar karat..

 photo IMG_1595_zps7daa79a0.jpg
Panorama kedua…tertarik dengan seorang lagi warga emas yang dipercayai turut menjaja di sini, juga bertopi. Raut wajah & gayanya di atas siarkaki menarik perhatian..Barang jualannya cuma diletakkan dalam beg plastik dan kurang menarik perhatian orang ramai di situ..Sedikit sentap dengan tingkah warga emas ni..

 photo 8a6946fa-8475-4fc7-9c5f-ec9c8897d94b_zpsfd824407.jpg

 

Panorama ketiga……….lanskap sebuah kehidupan warga metropolitan di celah-cerah lorongan mencari sesuap rezeki. Juga terdapat warga emas yang boleh disubjekkan tetapi beliau menegurku & bereaksi seolah tidak senang dengan aktivitiku..

rush market photo IMG_1599_zpsdd9f0670.jpg

 

Antara aktiviti warga marhaen di ibukota yang membentuk suatu sisi kehidupan yang berbeza di tengah cabaran masa kini. Akan berkekalankah situasi begini…?

“Apakah pucuk-pucuk atasan mempunyai masa untuk menjenguk kehidupan akar-akarnya di umbinya dengan meninggalkan seketika kulit luarannya di pejabat mahupun di istana hinggapnya untuk merasa sendiriĀ denyut nadi rakyatnya….?”

 

p/s : gambor dok berapa comei, paka kitlen je….maybe ada second series kut..

3 Responses to Berkarat di hari minggu…..Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

  1. Pingback: Berkarat menambah semangat….. | | SEKADAR CATATAN...........

  2. Pingback: berkarat lagi…….Pasar Karat Jalan Sultan | | SEKADAR CATATAN...........

  3. rojaksomtam says:

    terima kasih sudi membaca di blog saya… suka dengan penceritaan didalam blog ini..tak ramai yang boleh buat ayat2 macam tu…

Leave a Reply to rojaksomtam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>