Abus Nawi jalan kaki tujuh jam serah dompet
GUA MUSANG 6 Jan. – Abus Nawi, 73, seorang Orang Asli berjalan kaki dari tempat tinggalnya di hutan Lojing sejauh 120 kilometer selama tujuh jam semata-mata kerana mahu memulangkan dompet cicir seorang peserta ekspedisi Gunung Camai, di sempadan Kelantan-Perak.
Kejujuran Abus mendapat penghargaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di mana dompet itu diserahkan. IPD itu mengadakan majlis khas menghargai kejujuran Abus.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, Abus yang tinggal di dalam hutan di Hulu Kelantan telah berjalan sendirian ke IPD Gua Musang.
“Polis amat menghargai sifat kejujuran Abus yang memulangkan dompet itu kepada pemiliknya biarpun jauh meredah hutan belantara, inilah sikap sebenar rakyat Malaysia,” katanya. – Bernama
sumber : Utusan Malaysia Online
Perhatikan usianya, cuba tanya diri kita..sanggupkah kita melakukan sepertimana yang dilakukan olehnya….Itulah erti sebuah kejujuran…!!!!!!!
Pingback: sanggupkah….anda? Mencuri di khalayak ramai, secara beramai-ramai..? | I'M MALI, SEBUAH CATATAN..