Hari ni walaupun hujan turun dengan leeeeebatnya, aku redah jugak nak pegi ofis……KENAPA…aku rajin sangat..? kalu biasanya mau aku berlengkor lagi kat rumah….NAMUN disebabkan hari ni adalah hari terakhir aku di Bahagian Penyenggaraan, Jabatan Perumahan yang bertempat di zon 3(kawasan Sentul) aku gagahkan jugak untuk datang jumpa kengkawan kat situ….walaupun terpaksa melanguk sekejap kat atas rounabout Kg Pandan, di bawah flyover pasal hujan lebihkurang setengah jam la jugak..sesambil tu aku buat pemerhatian sikit utk menghilangkan boring (nanti aku buat entri lain..). Pemerhatian kepada salah satu kempen kerajaan dulu…..TUNGGGU……..boleh baca kajian aku tu kat sini….APAKAH ORANG KL BOLEH KONGSI KERETA..?
Bermula esok aku akan bertukar ke Jabatan Rekabentuk Bandar & Bangunan di Bangunan Wawasan, Kg Baru kerana ditawarkan kenaikan pangkat ke Gred J22 (w/bgmanapun dlm tempoh pantang selama 6 bulan diletakkan sebagai memangku je…lepas abih edah & prestasi baik baru disahkan sebagai K***N..). Oleh sebab belum lapor diri, aku tak tau la duduk unit atau bahagian mana….yang penting esok kena lapor diri dulu….Semoga di tempat baru pun aku akan seronok……..
Pingback: arik last di perumahang « cakapla mende pung