nota : lama gile tu draf untuk post ni…..baru hari ni (29 Oktober 2016), woww..1 tahun, 2 bulan , 16 hari tuuu…baru aku terasa nak tepekkan kat Sekadar Catatan…pergh gila lama..
Menziarahi Jalan Melayu kali kedua pada 9 Ogos 2015 setelah pencarian Melayu kali pertama pada 22 Februari 2014. Meninjau kembali andainya ada ku temui identiti Melayu…
Kedapatan seorang peniaga yang ku rasakan Melayu…moga anggapan ku benar. Walaupun ruangan jualannya cuma kecilan tapi nampaklah keMelayuannya..
Tertarik pada satu iklan yang agak sinonim orang kita…jualan dengan cara iklan yang bertampalan di jalanan.
Ya..di situ kelihatan keMelayuan…walaupun kelihatan jua sosok kependatangan…Seorang warganegara yang berjalanan mencari barangan.
Antara barangan memang menjadi kegilaan wanita orang kita…Harapannya semoga yang empunya gedung jua orang kita..Menjadi saingan kepada empunya gedung kependatangan…
Penasaran…..begitu banyak sosok kependatangan. Mungkinkah kemakmuran kita menjemput mereka datang untuk mencari kehidupan. Jangan sampai terhakis kekuasan oleh kependatangan…kependatangan suatu masa nanti akan menjadikan kita bergelandangan di jalanan. (rasanya sudah terjadi sekarang, jenguklah di bawah tiang jambatan mahupun di birai bangunan, tiada ku lihat kependatangan..)
Sarapan kita pun mereka sediakan, di mana orang kita…..bangsa Mim…tukang makan. Perhatikan nisbah penebar roti canai di kota…adakah Melayu yang ramai..? Yang adapun cuma di gerai-gerai kecilan, yang berniaga cuma untuk sarapan..Bandingkan yang berniaga roti canai pagi, petang dan malam…orang kita?
“Jangan sampai suatu ketika nanti orang kita…bangsa Mim akan mengemis di bumi tanahair sendiri…jika sentiasa bergantung kepada orang lain dan asyik melepaskan peluang yang ada kepada orang lain….”..
Renungkanlah sebagai peringatan…….!!!