KeMelayuan……..layu di Jalan Melayu

Ku temui Jalan Melayu, tapi di mana Melayunya….berapa ramai Melayu yang tahu di mana Jalan Melayu, berbanding Melayu yang tahu Jalan Masjid India. Lihat map yang ditempekkan untuk mengetahui lokasinya…seumpama melukut di tepi gantang, bertempel di sebelah Jalan Masjid India.

 photo malayroad_zps52dffc3d.jpg
Lokasi Jalan Melayu

Mampukah Jalan Melayu bersinar seumpama sinaran lampu jalanan yang indah, mahupun akan malap ataupun akan terus usang seumpama binaan lama yang semakin kusam ditelan zaman.

 photo outar0031_zps1a341ab4.jpg
Papantanda Jalan Melayu

Mungkinkah Jalan Melayu menjadi semakin gah sebagaimana indah dan menariknya gerbang yang dibina…di gerbang itu terdapat elemen keMelayuannya. Usah diharapkan kemegahan hanya dengan keindahan gerbang sahaja.

 photo gerbangmalayroad_zps60bc8d81.jpg

Gerbang Jalan Melayu

Penghujungnya terletak suatu yang boleh dibanggakan….penunjuk aras kemajuan ; sistem pengangkutan yang boleh dibanggakan iaitu STAR LRT MASJID JAMEK dan PUTRA LRT MASJID JAMEK
 photo jlnmelayuL_zps6dce58e9.jpg

penghujung Jalan Melayu

LANSKAP JALAN MELAYU……dari pandangan lensaku.

 photo outar0035_zps7f79711a.jpg

Pemandangan setelah  beberapa meter melepasi gerbang Jalan Melayu, sedikit dicacatkan dengan longgokan bahan buangan di sebelah kanannya.

 photo jlnmelayu_zpse7ba54c6.jpgSuasana kemeriahan di Jalan Melayu, walaupun sebenarnya menumpang kemeriahan  laluan ke stesen LRT. Kemeriahan semakin menonjol di hari minggu mahupun di musim perayaan.

 photo jlnmelayu0002_zps1729a792.jpgKu cari premis yang boleh mempamerkan identiti Melayu di Jalan Melayu…namun inikah keMelayuannya?? Mungkinkah Melayunya terlindung di sebalik helaian tudung ini?

 photo jlnmelayu0001_zpsad097adb.jpgAtau mungkin keMelayuan terdapat di sebalik premis makanan di kiri ini?

 photo outar0037_zpsc2d26e01.jpgAtau mungkinkah di sini ada Melayunya..?

 photo outar0041_zps183fa3f2.jpgKu temui dua generasi Melayuku di sini….sekadar melepasi kakilima bukan sebagai yang empunya…

 photo outar0042_zpsaec79bf8.jpgDi celahan tingkap yang tersingkap…pun bukan Melayu yang ku temui.

 photo kedaimelayuL_zps9340477a.jpgAkhirnya…umpama pengubat duka, ku temui juga sinar Melayunya…premis beridentitikan Melayu walaupun bukan di Jalan Melayu, terletak di pinggiran Jalan Melayu. Mungkinkah sepenuhnya milik Melayuku…?

Memetik kata-kata Dato’ Seri Utama Dr Rais Bin Yatim,  yang dipetik dari blog Din Turtle, Blog Parti Melayu :

 photo raismelayu_zpsfc145444.jpg

 photo rais_zpsece269a0.png

 

artikel penuh boleh dibaca disini ; Bangunkan Jalan Melayu – Terbaik Rais ! ( Tapi Tak Perlulah Bersikap Apologetik )

Apakah mungkin terjadi Melayu akan semakin layu di Jalan Melayu..?

1 Responses to KeMelayuan……..layu di Jalan Melayu

  1. Pingback: berkarat lagi…….Pasar Karat Jalan Sultan | | SEKADAR CATATAN...........

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *