Respon terhadap berita “Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM 13,000.00

Dalam duk saja-saja surf internet terjumpa satu artikel kat satu website yang membuat satu respon berkaitan berita mengenai hidangan ikan patin sampai RM 13,000.00 kat Temerloh…Lihat entri yang bertajuk “Sanggupkah anda ……….. membayar RM 13,000.00 sekadar untuk menikmati hidangan ikan patin?”. Artikel respon ni saya terjumpa di laman sesawang SelatanOnline.net dengan tajuknya..”Peniaga Masakan Ikan Patin Dakwa Difitnah Kenakan Bayaran RM13,000″. Nak bacaan lanjut klik je kat tajuk yang telah dilinkkan tu…

Oleh yang demikian, tak tau lah mana satu yang betul. Atau pun ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan cuba memburukkan pihak lain. Jadi, kita sebagai pengguna terutama penggemar ikan patin, berhati-hati la sebelum kopak RM 13,000.00 (kalau betul la..). Tak salah bertanya dulu sebelum menceduk lauk terutama ikan patin di Temerloh…

sanggupkah anda……………..membayar RM 13,000.00 sekadar untuk menikmati hidangan ikan patin..?

Kerana hidangan ikan patin sungai, terpaksa la membayar RM 13,000.00 di sebuah restoran di Temerloh. Kalau anda, sanggupkah anda…? tetapi situasi ini dah terpaksa, bayar la jugak…

Petikan dari sebuah akhbar online, Malaysiakini.com……….

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Artikel selanjutnya tengok kat sini……Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Berhati-hati apabila menikmati hidangan ikan patin seperti ini.(nasib baik aku minat sangat ikan patin)

santai di Sungai Besar & Sabak Bernam, Selangor

Hari tu, sambil memeriahkan majlis konvokesyen adik di Politeknik Sabak Bernam (Diploma Kejuruteraan Elektrik),aku & anak isteri turut mengambil kesempatan untuk bersantai & berjalan-jalan di Sungai Besar dan Sabak Bernam. Walaupun aku pernah sampai di sana tetapi disebabkan tempat tidurnya ditaja oleh seorang lagi adik aku, aku pergi jugak walaupun sebnarnya kat sana bukanlah menarik sangat untuk dikunjungi (mesti marah kalau org sana tengok, maap la ye, ni pandangan personal aku)..Masa kat sana sempat la pergi makan malam kat Restoran kat tepi laut kat Kg Sungai Haji Dorani dan makan mee udang di Bagan Nakhoda Omar atau dikenali sebagai BNO. So, aku tempekkan lah gegambornya kat sini ye..

Ni gambar pada waktu petang di tepi laut kat Kg Sg Haji Dorani, survey tempat untuk makan malam

Ni gambar masa makan malam kat situ jugak

Lain-lain gambar boleh tengok kat sini….Santai di Sungai Besar

kegemilangan & kemasyhuran yang ditenggelam dan semakin dilupakan…!!

Semasa balik kampung untuk mengadakan kenduri aqiqah dan cukur jambul puteri bongsu aku tempoh hari (15-20 Mac 2011), aku mengambil kesempatan untuk menziarahi satu makam seorang tokoh yang dipercayai seorang wali atau pendakwah Islam dan juga seorang pemerintah sebuah kerajaan ataupun empayar Islam yang terkenal yang di kenali sebagai Kerajaan Temir dan juga digelar Dinasti Al-Kamil.

Aku mencari makam tua ini tanpa penunjuk arah dan tanpa mengetahui lokasinya yang sebenar. Cuma sekadar mengetahui nama bukit yang menempatkan makam tersebut (biarlah ku rahsiakan namanya….). Juga dengan bantuan sekeping foto yang diuploadkan di dalam facebook seorang rakan. Inilah fotonya…

Bagi mendapatkan lokasi sebenarnya, aku cuba menggunakan google earth, akhirnya aku tahu lokasinya di mana….Rupanya lokasi ini terletak di kawasan yang pernah menjadi kawasan permainan di zaman remaja dulu..

Landmark yang menjadi petunjuk…


Inilah foto yang ku ambil di tempat landmark tersebut semasa menziarahi makam…

Dalam aku mencari kedudukan makam tersebut tanpa petunjuk sebenar , aku terjumpa sebongkah batu yang agak menarik perhatianku di dalam sebuah kebun yang berhampiran makam yang sebenar……

mungkinkah  batu ini merupakan nesan bagi satu makam…..?

Dalam pencarian ini, aku hampir mengalah untuk pulang memandangkan 2 orang anakku bersama seorang anak saudaraku menunggu di dalam kereta di bawah bukit bersama kakakku. Tambahan waktu pun semakin senja, lebihkurang pukul 6.30 petang. Hinggalah aku terjumpa satu lorong atau laluan ke puncak bukit, walaupun aku memang terasa ingin pulang tetapi hatiku bagai di tarik untuk menyusuri lorong berkenaan..Alhamdulillah….akhirnya aku berjaya juga menemui makam tua yang ku cari. Syukur …tercapai juga hajatku untuk menziarahi makam ini…

Perasaan sedih dan terharu apabila berada di kawasan makam.Dengan keadaan batu nesan yang tumbang, kawasan sekitar yang tak terjaga dan yang paling menyayat hati apabila melihat kawasan makam tua menjadi kawasn permainan sang b*b*…Hampir menitis air mataku….Tapi sayang aku tak boleh berada lama di situ kerana anakku & anak saudaraku menunggu di bawah bersama kakakku. Tak sempat untuk aku memperbaiki kawasan sekitarnya kerana waktu yang sudah agak lewat, lebihkurang jam 6.40 petang. InsyaAllah….di lain masa pasti aku akan kembali………….

MILIK SIAPAKAH MAKAM TUA YANG DILUPAKAN ITU……………..???????

balik kampung & aqiqah Nur Iffah Amirah…!!!!

15 Mac 2011 hingga 20 Mac 2011, balik ke kampung di Kuala Berang, Terengganu untuk menjayakan program aqiqah untuk puteri bongsu, NUR IFFAH AMIRAH @ mek yah………..Sebagai menjalankan sunnah Nabi, seekor biri-biri telah dikorbankan…(lama sungguh dok makang daging biri ning, sepuluh tahun lebih doh….sejok duduk kl)…

Sebagai mengenang jasa biri berkenaan, aku tepekkanlah gambornya sebagai kenangan kat sini….

Gambor agak suram sikit pasal dah hampir maghrib …..anak aku yang kedua tu asyik suruh aku lepaskan biri-biri…jenuh aku explain kat dia..tapi gambar masa dah jadi gulai aku tak ambik….sibuk sangat ari tu, sapa dok dan nok ambik gambor..

Insurans kenderaan………..patutkah kenderaan lebih berusia (melebihi 10 tahun) membayar kadar premium insurans yang lebih tinggi berbanding kenderaan baru….?

Patutkah insurans kereta ini lebih tinggi dari kereta baru…???

p/s: maaf kepada tuanpunya kereta…!!

Di sebalik berita mengenai gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit, apa kata kita renungkan dan fikirkan sedikit tentang isu berkenaan kadar premium insuran kenderaan berusia melebihi 10 tahun di negara kita.

Perkara telah dibangkitkan di Parlimen kerana boleh membebankan bagi pemilik kenderaan yang berusia..Yang menjadi persoalannya, Bank Negara boleh meluluskan perkara ini..Yang akan menanggung bebannya siapa..?Persoalan lain…perlukah kenderaan yang berusia dan sesetengahnya hampir roboh diinsurankan dengan kadar yang lebih tinggi…Rujuk artikel dari Utusan Online ini….Kaji balik kadar premium insurans kenderaan..!!! dan juga artikel ini..Premium tambahan sehingga 150 peratus ‘sakitkan’ pengguna..!!

Namun…walau apapun, kenderaan wajib diinsurankan untuk membolehkannya mempunyai cukai jalan sekaligus melayakkannya berada di atas jalanraya di bumi Malaysia.

Japan earthquake and tsunami…………..!!!!!!!!!!!!

All about Japan Earthquake & Tsunami….video taken from youtube..japan tsunami…!!!! and this video..Japan tsunami.2..!!!

Another news and videos from The Telegraph….Japan Earthquake & Tsunami.

Another pics …………………..

Difahamkan Gempa Bumi berlaku pada tahap 8.9 pada skala Ritcher dan berpusat di kedudukan 130 km dari Sendai menyebabkan berlaku tsunami dengan gelombang setinggi 10 meter (bangunan berapa tingkat tu….3 tingkat?).Sumber daripada Utusan Malaysia Online..Jepun dilanda gempa kuat..!!!

.

sanggupkah anda.?…..menghisap rokok jika…

jika mengetahui penapis rokok atau filter rokok itu dibuat daripada darah babi….?

Teeeeetapi…..aku yakin pasti ramai yang akan mempertikaikannya……..

Untuk info lanjut sila lihat artikel yang aku petik dari laman web Tranung Kite Online dibawah…

“Bukan hanya merokok itu membawa maut tetapi penyelidik mengakui tisu darah babi digunakan untuk membuat filter (penyendat) rokok.

Pada pengakuan yang memungkinkan mengakibatkan rasa bingung dan cepat terkejut kepada perokok, seorang penulis Belanda akan mengeluar sebuah buku yang mendakwa darah babi (khinzir) digunakan sebagai bahan membuat filter (penyendat) rokok.

Artikel penuh klik pada link di bawah…

Kajian Pig 05049 – Filter Rokok diperbuat daripada darah Babi

FIKIR-FIKIRKANLAH SENDIRI………………………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Facebook dah ada saingan……………….siapa..?

Nampaknya Facebook, website social network yang popular di dunia ni dah ada saingan nampaknya…saingannya pulak dari Indonesia yang diasaskan oleh pelajar yang berusia 13 tahun…..

Ni…..salingsapa.com

ni screenshoot dia…acc pengasasnya…Muhammad Yahya Harlan

marila kita menyokong produk orang Islam…

Website ni masih lagi dalam proses upgrade tapi dah boleh guna…jgn lupa add sekali aku ekkk…………username; immali

lain maklumat boleh baca kat sini…..Info Gallery

sanggupkah anda………………..mencuri di kala seseorang sedang bertarung dengan maut…?

Sanggupkah anda…?

mencuri beras yang akan dimakan dan akan menjadi darah daging di waktu seseorang yang diamanahkan menghantarnya sedang nazak atau sedang bertarung dengan maut…?

Jawapannya……………….

masih ada yang sanggup…inilah realiti rakyat di sebuah negara……………bukannya di Afrika yang memang kebuluran..tetapi di sebuah negara yang diwar-warkan sedang membangun dan bakal mencapai negara maju……..

perhatikan sendiri ……………………..

Betapa meriahnya aktiviti mencuri di khalayak ramai & bandingkan dengan apa yang dialami oleh pemandu treler berkenaan.

Suasana ini lebihkurang seperti peristiwa mengutip syiling dahulu, lihat di sini

Sumber: Kosmo Online & Info Gallery