Juga Khas untuk Wanita…Sanggupkah anda……… bermadu dengan 88 orang wanita lain?

Khas untuk para wanita sahaja..

Sanggupkah anda bermadu..? Bukan seorang, bukan dua orang….TETAPI 88 orang wanita lain…?Kalau sanggup…memang boleh respek gila, tabik spring lagi…..

Tapi memang ada yang sanggup…..namun bukan di Malaysia tetapi di Nigeria…Seorang bomoh beristeri seramai 89 orang (dia ada pakai ilmu pengasih ke apa ni..). Katanya Islam….boleh ke..? Mungkin ajaran sesat ni…siap cakap terima wahyu dulu sebelum kahwin…(selalu dengar dapat seru nak kahwin..). Tengok la sendiri rupa jejaka terhangat dari Nigeria ni….hennnnsemmmmmmmmmmmmm tu..

Sumber asal dari sini……Bomoh Nigeria punyai 89 isteri

Khas untuk golongan wanita..Sanggupkah anda….mempunyai p***dara sebesar ini?

Sedikit persoalan khas untuk golongan wanita..

Sanggupkah anda mempunyai payudara sebegini beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeesar..?

Adakah anda merasakannya caaaaaaaaaaantik….?

Fikir-fikirkanlah sendiri….

Lihatlah sendiri ‘keanggunan’ payudara wanita ini…

agaknya cup dia saiz berapa ni…? Kena special order ni…

Sumber asal kat sini…………..BESORNYEEEEEEEE..!!!!

nasib bahasa ibunda….MELAYU…Sanggupkah anda membiarkannya pupus & hanya digunakan oleh makhluk halus..?

Itu hari, entah macam mana rasa nak beli paper Sinar Harian (rasanya tak sampai 5 kali beli paper ni)…sekali terjumpa la satu artikel yang agak menarik yang kat atas tu….

Mungkinkah suatu hari nanti betul sepertimana yang ditulis…bahasa Melayu akan pupus dan hanya akan digunakan oleh para bomoh dan juga hanya difahami oleh makhlus halus….Sedih rasanya jika suatu bahasa yang tersohor suatu ketika dulu tetapi sekarang makin dilupakan….Jika diperhatikan di kaca tv…para pembesar negara (sekarang orang panggil Menteri kut) yang berBANGSA MELAYU pun kadang-kadang lebih suka berbahasa penjajah walaupun yang bertanya dalam bahasa MELAYU….Fikirkanlah…………

Mungkin bahasa Melayu akan jadi seperti tulisan Jawi yang semakin dilupakan. Tanyalah kat anak-anak muda sekarang…berapa kerat je lagi yang boleh baca & menulis dalam tulisan Jawi..

Siapakah yang patut dipersalahkan & dipertanggungjawabkan..? Dan siapakah yang sepatutnya memartabatkan kembali BAHASA MELAYU…..? Fikirkanlah………..

p/s: malam tadi tengok rancangan STANZA yang menampilkan Maple Loo, juri rancangan Showdown yang sepanjang rancangan bercakap Melayu tetapi ada sorang pekerjanya (rupa Melayu) bercakap orang putih…olang China pun cakap Melayu loo….!!!!!!malu la sikit…………..!!!!!

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Terjumpa satu artikel yang menarik di satu portal berita, Selatan Online, tajuknya “Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?”. So, aku copy & paste la kat bawah ni…..


 Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya……… !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya.  Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  “Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada  tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain.  Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang…. ……… !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong.  Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut….

………

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.  Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu…… ………… ….. …

GAYA-GAYA MAKAN DENGAN TANGAN….


Sumber artikelnya di sini….

Respon terhadap berita “Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM 13,000.00

Dalam duk saja-saja surf internet terjumpa satu artikel kat satu website yang membuat satu respon berkaitan berita mengenai hidangan ikan patin sampai RM 13,000.00 kat Temerloh…Lihat entri yang bertajuk “Sanggupkah anda ……….. membayar RM 13,000.00 sekadar untuk menikmati hidangan ikan patin?”. Artikel respon ni saya terjumpa di laman sesawang SelatanOnline.net dengan tajuknya..”Peniaga Masakan Ikan Patin Dakwa Difitnah Kenakan Bayaran RM13,000″. Nak bacaan lanjut klik je kat tajuk yang telah dilinkkan tu…

Oleh yang demikian, tak tau lah mana satu yang betul. Atau pun ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan cuba memburukkan pihak lain. Jadi, kita sebagai pengguna terutama penggemar ikan patin, berhati-hati la sebelum kopak RM 13,000.00 (kalau betul la..). Tak salah bertanya dulu sebelum menceduk lauk terutama ikan patin di Temerloh…

sanggupkah anda……………..membayar RM 13,000.00 sekadar untuk menikmati hidangan ikan patin..?

Kerana hidangan ikan patin sungai, terpaksa la membayar RM 13,000.00 di sebuah restoran di Temerloh. Kalau anda, sanggupkah anda…? tetapi situasi ini dah terpaksa, bayar la jugak…

Petikan dari sebuah akhbar online, Malaysiakini.com……….

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Artikel selanjutnya tengok kat sini……Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000

Berhati-hati apabila menikmati hidangan ikan patin seperti ini.(nasib baik aku minat sangat ikan patin)

santai di Sungai Besar & Sabak Bernam, Selangor

Hari tu, sambil memeriahkan majlis konvokesyen adik di Politeknik Sabak Bernam (Diploma Kejuruteraan Elektrik),aku & anak isteri turut mengambil kesempatan untuk bersantai & berjalan-jalan di Sungai Besar dan Sabak Bernam. Walaupun aku pernah sampai di sana tetapi disebabkan tempat tidurnya ditaja oleh seorang lagi adik aku, aku pergi jugak walaupun sebnarnya kat sana bukanlah menarik sangat untuk dikunjungi (mesti marah kalau org sana tengok, maap la ye, ni pandangan personal aku)..Masa kat sana sempat la pergi makan malam kat Restoran kat tepi laut kat Kg Sungai Haji Dorani dan makan mee udang di Bagan Nakhoda Omar atau dikenali sebagai BNO. So, aku tempekkan lah gegambornya kat sini ye..

Ni gambar pada waktu petang di tepi laut kat Kg Sg Haji Dorani, survey tempat untuk makan malam

Ni gambar masa makan malam kat situ jugak

Lain-lain gambar boleh tengok kat sini….Santai di Sungai Besar

kegemilangan & kemasyhuran yang ditenggelam dan semakin dilupakan…!!

Semasa balik kampung untuk mengadakan kenduri aqiqah dan cukur jambul puteri bongsu aku tempoh hari (15-20 Mac 2011), aku mengambil kesempatan untuk menziarahi satu makam seorang tokoh yang dipercayai seorang wali atau pendakwah Islam dan juga seorang pemerintah sebuah kerajaan ataupun empayar Islam yang terkenal yang di kenali sebagai Kerajaan Temir dan juga digelar Dinasti Al-Kamil.

Aku mencari makam tua ini tanpa penunjuk arah dan tanpa mengetahui lokasinya yang sebenar. Cuma sekadar mengetahui nama bukit yang menempatkan makam tersebut (biarlah ku rahsiakan namanya….). Juga dengan bantuan sekeping foto yang diuploadkan di dalam facebook seorang rakan. Inilah fotonya…

Bagi mendapatkan lokasi sebenarnya, aku cuba menggunakan google earth, akhirnya aku tahu lokasinya di mana….Rupanya lokasi ini terletak di kawasan yang pernah menjadi kawasan permainan di zaman remaja dulu..

Landmark yang menjadi petunjuk…


Inilah foto yang ku ambil di tempat landmark tersebut semasa menziarahi makam…

Dalam aku mencari kedudukan makam tersebut tanpa petunjuk sebenar , aku terjumpa sebongkah batu yang agak menarik perhatianku di dalam sebuah kebun yang berhampiran makam yang sebenar……

mungkinkah  batu ini merupakan nesan bagi satu makam…..?

Dalam pencarian ini, aku hampir mengalah untuk pulang memandangkan 2 orang anakku bersama seorang anak saudaraku menunggu di dalam kereta di bawah bukit bersama kakakku. Tambahan waktu pun semakin senja, lebihkurang pukul 6.30 petang. Hinggalah aku terjumpa satu lorong atau laluan ke puncak bukit, walaupun aku memang terasa ingin pulang tetapi hatiku bagai di tarik untuk menyusuri lorong berkenaan..Alhamdulillah….akhirnya aku berjaya juga menemui makam tua yang ku cari. Syukur …tercapai juga hajatku untuk menziarahi makam ini…

Perasaan sedih dan terharu apabila berada di kawasan makam.Dengan keadaan batu nesan yang tumbang, kawasan sekitar yang tak terjaga dan yang paling menyayat hati apabila melihat kawasan makam tua menjadi kawasn permainan sang b*b*…Hampir menitis air mataku….Tapi sayang aku tak boleh berada lama di situ kerana anakku & anak saudaraku menunggu di bawah bersama kakakku. Tak sempat untuk aku memperbaiki kawasan sekitarnya kerana waktu yang sudah agak lewat, lebihkurang jam 6.40 petang. InsyaAllah….di lain masa pasti aku akan kembali………….

MILIK SIAPAKAH MAKAM TUA YANG DILUPAKAN ITU……………..???????

balik kampung & aqiqah Nur Iffah Amirah…!!!!

15 Mac 2011 hingga 20 Mac 2011, balik ke kampung di Kuala Berang, Terengganu untuk menjayakan program aqiqah untuk puteri bongsu, NUR IFFAH AMIRAH @ mek yah………..Sebagai menjalankan sunnah Nabi, seekor biri-biri telah dikorbankan…(lama sungguh dok makang daging biri ning, sepuluh tahun lebih doh….sejok duduk kl)…

Sebagai mengenang jasa biri berkenaan, aku tepekkanlah gambornya sebagai kenangan kat sini….

Gambor agak suram sikit pasal dah hampir maghrib …..anak aku yang kedua tu asyik suruh aku lepaskan biri-biri…jenuh aku explain kat dia..tapi gambar masa dah jadi gulai aku tak ambik….sibuk sangat ari tu, sapa dok dan nok ambik gambor..

Insurans kenderaan………..patutkah kenderaan lebih berusia (melebihi 10 tahun) membayar kadar premium insurans yang lebih tinggi berbanding kenderaan baru….?

Patutkah insurans kereta ini lebih tinggi dari kereta baru…???

p/s: maaf kepada tuanpunya kereta…!!

Di sebalik berita mengenai gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit, apa kata kita renungkan dan fikirkan sedikit tentang isu berkenaan kadar premium insuran kenderaan berusia melebihi 10 tahun di negara kita.

Perkara telah dibangkitkan di Parlimen kerana boleh membebankan bagi pemilik kenderaan yang berusia..Yang menjadi persoalannya, Bank Negara boleh meluluskan perkara ini..Yang akan menanggung bebannya siapa..?Persoalan lain…perlukah kenderaan yang berusia dan sesetengahnya hampir roboh diinsurankan dengan kadar yang lebih tinggi…Rujuk artikel dari Utusan Online ini….Kaji balik kadar premium insurans kenderaan..!!! dan juga artikel ini..Premium tambahan sehingga 150 peratus ‘sakitkan’ pengguna..!!

Namun…walau apapun, kenderaan wajib diinsurankan untuk membolehkannya mempunyai cukai jalan sekaligus melayakkannya berada di atas jalanraya di bumi Malaysia.