Kisah keistimewaan Makam Syeikh Abdullah bin Abdul Qahar….

Diceritakan bahawa kawasan pemakaman keluarga Syeikh Abdullah bin Abdul Qahar dulunya dipagar dengan menggunakan sejenis kayu iaitu kayu berlian secara berpangkah-pangkah. Kayu berlian merupakan sejenis kayu yang keras dan bermutu serta susah untuk diperolehi. Namun sekarang kayu yang menjadi pagar makam tersebut telah habis semuanya diambil oleh orang-orang kampung berhampiran dan sekarang dipagar dengan pagar konkrit berwarna putih.

Makam Syeikh Abdullah dan keluarganya sekarang…

kayu berlian (sumber dari google images)

Dikatakan kayu berlian itu boleh digunakan untuk mengubat beberapa penyakit menyebabkannya habis diambil (mungkin lebih tepat ‘dicuri’) orang kampung berdekatan. Saya sendiri pernah bertemu dengan salah seorang yang menyimpan sedikit kayu tersebut dan diberitahu bahawa kayu itu boleh digunakan untuk merawat demam dan sakit perut dengan meminum air asahan kayu berlian itu…WALLAHUA’LAM..namun hajat saya untuk meminta secebis kayu tersebut tidak diperkenankan, untuk melihatnya pun tidak dipenuhi. Mungkinkah beliau ada alasan yang tersendiri dan orang tua yang menyimpan kayu berlian pagar makam itu telah pun meninggal dunia beberapa belas tahun yang lepas. Saya menemui orang tua ini pun semasa saya di usia belasan tahun dulu.

Terdapat juga satu cerita di mana ada seorang yang tidak mempercayai kekeramatan Tuk Pauh (orang kampung berhampiran percaya Tuk Pauh mempunyai keramatnya tersendiri) telah bertindak menyepak pagar makam Tuk Pauh (pagar makam masa ini masih dipagari dengan kayu berlian). Akibat daripada tindakan tersebut, orang itu telah jatuh sakit teruk sehingga perlu dipapah kembali ke makam Tuk Pauh untuk mengubatinya. Selepas peristiwa berkenaan, orang ini telah sembuh tetapi menjadi seperti seseorang yang tidak dipedulikan oleh masyarakat (istilah kampung saya dipanggil ‘tak naik darjat’). Nama orang yang menyepak pagar makam ada diberitahu tetapi saya sudah lupa dan saya cuba dapatkan kembali cerita ini dari sumber asal.

Update : Orang yang dimaksudkan dipanggil dengan panggilan nama Cik (Encik) Daud..

Peringatan:   Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk meminta sesiapa mempercayai kekeramatan kubur atau makam seseorang tetapi Allah boleh menganugerahkan kelebihan kepada sesiapa yang disukainya. Walaupun tidak mengagumi atau menyukai seseorang tetapi janganlah sampai bersikap kurang ajar..

Protected: Keistimewaan Syeikh Abdullah bin Abdul Qahar…..mungkinkah sekadar mitos?

This content is password protected. To view it please enter your password below:

CINTA KENANGAN SILAM……………3.!!!

kuih-muih ni pulak aku jumpa kat pasar minggu di pekan di kampung aku..Kuala Berang.. Yang aku tau sejenis je, buoh gomok. Yang lain aku tak tau (aku tau makan je)..susah nak jumpa kuih ni semua..lebih-lebih kalau di Kuala Lumpur…haram nak jumpa..

Aku kalau balik kampung, wajib turun ke pekan, sebabnya nak cari kuih-muih tradisi takpun sayur-sayuran kampung yang jarang jumpa di Kuala Lumpur. Dah muak makan kuih-muih moden kat KL ni…

Baru aku teringat ada satu entri yang aku buat kat blog aku satu lagi, CAKAP LA MENDE PUNG, pasal kuih-muih ni….boleh tengok la sendiri..kueh hok biase jupe di teranung payoh jupe tepat lain.

CINTA KENANGAN SILAM……………2.!!!

BURUNG YANG FAMOUS DI ZAMAN KANAK-KANAK.

Sewah dan punai……

Dua spesies burung yang lama sangat aku tak jumpa…kat zoo mungkin ada kut..Sewah atau siwah (panggilan kat kampung aku)..ni sejenis burung pemangsa macam burung helang. Gambar sewah ni akuni aku snap kat ofis aku ari..masa dia bertenggek kat tingkat tandas di tingkat 29. Aku rasa teruja pasal lama sangat aku tak jumpa spesies ni yang liar..last2 aku jumpa kat tengah kl..

Kalau kat kampung, burung ni (visual kurang memuaskan, snap guna handphone di sebalik cermin tingkap) selalu tangkap anak ayam, bila ada je burung ni mesti orang kampung berjaga-jaga takut dia tangkap anak ayam..

Burung punai ni pulak, kat rumah mak mertua aku..anak dia yang bongsu jumpa kat mana entah..kalau kat kampung aku dulu, spesies ni antara yang boleh kira agak susah nak dapat la..kalau dapat tu kira boleh berlagak la..kat kampung dulu pun yang mudah dapat, punai tanah..jenis yg ni agak susah la..

Protected: JEJAK LELUHUR THE SERIES……………..Mukadimah.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: JEJAK LELUHUR THE SERIES……………..Syarif Abdullah bin Syarif Abdul Qahar a.k.a Tok Pauh

This content is password protected. To view it please enter your password below:

CINTA KENANGAN SILAM……………1.!!!

Sawah padi, tempat permainan zaman kanak-kanak di Dusun Gadong, Pasir Nering/Dusun.

Semasa balik raya itu hari, sambil aku nak ziarah satu tempat yang semakin terbiar, sempat aku mengajak emak untuk melihat tempat yang pernah menjadi kawasan sawah padi semasa zaman aku kecik-kecik dulu. Kalau tak silap aku masa tu umur aku dalam lingkungan 5 atau 6 tahun kut. Mak aku sebenarnya susah nak ikut berderak (jalan2) tapi bila aku cakap nak tengok tapak kebun/sawah tu baru lah dia nak ikut. Kat sinilah dulu mak ayah aku bertanam padi huma. Nak sampai kat sini bukan dekat tu, duduk kat Kg Temir..kena naik perahu dulu melintasi Sungai Terengganu…lepas tu menapak pulak dalam 3 @ 4 km mendaki bukit kecik, lintas alur (anak sungai) baru sampai kat sini. Kalau datang sini mesti waktu pagi dan balik nak dekat maghrib. Dulu masa bertanam padi tu seronok, buat secara bergotong-royong ramai-ramai. Kat sebelah tapak sawah ni ada satu paya, arwah ayah kadang-kadang pasang jerat burung wak-wak, dapat la merasa daging burung wak-wak sekali-sekala.

dulunya sawah padi,sekarang dah jadi hutan simpan.

Tapi, sayangnya sekarang tanah tu dah jadi semak samun tanpa jagaan. Dulu masa arwah ayah masih ada, dia ada rancang nak pagar dan buat kebun tapi tak sempat bila dia meninggal dulu. Kalaulah aku duduk di kampung, mau rasanya aku usahakan tanah tu daripada terbiar macam tu. Sedih aku tengok tanah pusaka ayah aku tu, walaupun abang aku duduk di sana, nak pergi jenguk pun susah..nak aku usahakan sendiri dari jauh, sapa nak tengokkan…lagipun tanah tu tanah pusaka …banyak ceritanya nanti…harap aku boleh buat sesuatu sebelum emak pergi..Ya Allah..panjangkanlah usia ibuku. Amin.

CINTA KENANGAN SILAM the series………….????

ENTRI DALAM PEMBIKINAN………………..

1.Sawah padi, tempat permainan zaman kanak-kanak di Dusun Gadong, Pasir Nering/Dusun.

2.Burung yang famous di zaman kanak-kanak.

3.Kuih-muih tradisional yang susah ditemui sekarang lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.

hari terakhir di…………………

BULAN RAMADHAN…!!!!!!!!!!

Berbaloikah dengan amalan di bulan mulia ini……..?

Hari ini merupakan hari terakhir di bulan Ramadhan untuk tahun ini……….

Mungkinkah dapat bertemu kembali di masa hadapan…..

Diharapkan semoga dapt bertemu kembali di tahun hadapan……….

FIKIR-FIKIRKANLAH…………

Berbuka puasa di……

WILD RICE RESTAURANT, 9th FLOOR, BOULEVARD HOTEL, MIDVALLEY, KL…………..!!!!!

Hari tu berbuka puasa tak berapa puas hati…masa beli juadah kat Pasar Ramadhan….jadi semalam berbuka agak mewah la di sebuah hotel..(dapat baucer free.kalau tak payah aku nak gi makan kat sini RM100++ tu satu kepala.)..So, dapat la aku cover balik ketidakpuashatian aku terhadap juadah yang dibeli di pasar Ramadhan hari tu…Dapat la makan dengan penuh kepuashatian kat hotel tu, balik pukul 9.00 lebih tu..balun puas hati…Gambarnya nanti aku tepekkan…sekarang tak boleh la…Maxis berukband ni slow macam s**l la malam ni..

Anak aku posing kat tepi kolam..(banyak kali mintak kebenaran kat aku nak mandi..)

Aku…kena jadi…BABY SITTER….!!!!

Penuh meja tu…gambar selepas sessi pembedalan berlaku….gambar sebelum tak sempat nak ambik dah licin…

Masa nak balik, masuk kat megamall…singgah kedai speks untuk test mata anak sulung….terjumpa dengan mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa (betul ke..?) & mantan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz…orang rumah aku & anak aku nak bergambar dengan beliau……layann……….