jalan-jalan @ Muzium Negara

Semalam, 30 hb Disember pergi jalan-jalan bawak anak bini ke Muzium Negara. Kenapa muzium bukan tempat lain..? Pasal tiket masuk kat muzium berpatutan berbanding lain tempat. RM2 bagi pameran tetap, RM3 bagi pameran khas. Sekarang ada Pameran Tenun Diraja Pahang dan Pameran Setem.

Lagi pun anak-anak aku pun tak pernah sampai lagi kat sini berbanding Zoo Negara dah banyak kali (tiket mahal pulak tu) dan Aquaria KLCC (lagi la mahal). Kira kalau muzium ni under budget la. Sebelumni pun aku pernah datang tengok Pameran Hantu dan Pameran Tumbuhan Herba kat sini. So, kali ni aku datang bawak anak-anak untuk tengok warisan sejarah la pulak.

Walau bagaimana pun terdapat sedikit kelemahan yang aku rasa la kat sini. KENAPA:

1- bahan/koleksi di bahagian pameran tetap tak berubah sejak dulu. jika aku datang dulu koleksi/artifak/bahan macam tu, datang kalini pun macam tu. tak ada pertambahan koleksi. kalau macam ni boleh mengurangkan minat untuk datang bagi kali yang ke seterusnya. cukup la sekali atau dua kali. kecuali jika ada pameran khas yang menarik sebagaimana Pameran Hantu dulu yang aku datang samapi dua kali. memang menarik. mungkin perkara ni melibatkan kos tetapi pihak berwajib patut berbuat sesuatu bagi menarik minat orang ramai datang ke muzium.

2-kekadang aku rasa pameran khasnya seperti tak menarik dan meriah. aku perhatikan kadang-kadang koleksinya tak berapa banyak. maaf cakap,seperti tak berbaloi. macam simple bebenor. yang menarik Pameran Hantu dulu. harap pihak berwajib dapat berbuat sesuatu.

Walau bagaimanapun, di bahagian pameran tetap ada gak koleksi yang menarik perhatian aku seperti koleksi senjata Melayu, pakaian tradisonal Melayu, koleksi matawang lama (ada entri khas untuk ni nanti…tunggggu..). Gambargambar yang berkaitan juga aku akan uploadkan nanti untuk tatapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *