tahniah..tahniah..tahniah….dan Jumaat 31 Disember 2010, cuti umum..!!!

Tahniah..tahniah…tahniah….baru penuh ucapan tahniah boleh dilakarkan berbanding entri sebelum ni…Sungguh mendebarkan melihat permainan antara Malaysia vs Indonesia dalam secod final Piala AFF Suzuki tadi.. Apa pun, tabik spring untuk penjaga gol, Khairul Fahmi a.k.a Apek yang menyelamatkan banyak percubaab oleh pemain Indonesia terutamanya tendangan penalti. Tidak boleh dinafikan beliau adalah penjaga gol terbaik setakat ini dan sepatutnya anugerah pemain terbaik perlawanan akhir dimiliki oleh beliau.

90 minit permainan tadi sungguh mendebarkan kerana begitu banyak percubaab oleh pemain Indon berbanding pemain Malaysia tambahan lagi pertahanan pada malam ini agak goyah. Banyak peluang terbuka buat Indonesia tetapi ketangkasan Apek banyak menafikan percubaan Indon walaupun akhirnya terlepas juga 2 gol…

Perlawanan ini turut mendapat perhatian daripada Rio Ferdinand, pemain Manchester United, melalui akaun twitternya : @rioferdy5…artikel penuh dari Bernama di sini.

Walau apapun tahniah buat pemain-pemain muda Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kali. Sempena kemenangan yang amat bermakna ini, PM; Datuk Seri Najib mengumumkan cuti umum kepada rakyat Malaysia pada hari Jumaat, 31 Disember sebagai hadiah terhadap sokongan oleh rakyat Malaysia kepada pasukan Harimau Malaya.

TAHNIAH…TAHNIAH…TAHNIAH….BUAT SEMUA PEMAIN MALAYSIA, JURULATIH K. RAJAGOBAL, SELURUH CREW-KREW YANG TERLIBAT, SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBERIKAN SOKONGAN….DAN TIDAK LUPA BUAT RTM YANG MENYIARKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR PIALA AFF SUZUKI……………………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *