Second Final Piala AFF Suzuki : MALAYSIA vs Indonesia

Tahniah……Tahniah…Tah……!!!

Kenapa tahniah ? dan last tah je? Tahniah 2 kali kerana Malaysia telah berjaya mendahului Indonesia 3-0 di Stadium Bukit Jalil 26 Dis itu dan tah… sahaja bermakna hanya sedikit saje lagi untuk menjadi tahniah di atas kemenangan menjuarai Piala AFF Suzuki tu. Sebabnya Malaysia telah membawa bekalan yang dirasakan agak selesa. Kejuaraan hampir pasti di tangan Harimau Malaya. Cuma sedikit nasihat, jangan alpa dan bermain sambil lewa di Stadium Gelora Bung karno malam ini. Ingat…bola itu bulat dan segalanya boleh terjadi. Kekalkan rentak permainan sebagaimana perlawanan di Bukit Jalil tempoh hari. Insya Allah kemenangan bakal milik kita.

Mengulas tentang permainan tempoh hari, itulah sebenarnya permainan bolasepak yang kita mahukan. Dengan semangat juang yang tinggi. Dari pemerhatian saya, sepaya kempen Piala AFF Suzuki ini, itulah game terbaik yang ditunjukkan oleh anak buah Rajagobal. Cuma sedikit kelemahan dimana selalunya pemain-pemain seperti lambat panas. Gol selalunya diperolehi di separuh masa kedua. Yang penting, cuba dapatkan gol awal di separuh masa pertama bagi menaikkanlagi semangat. Bahagian tengah diharapkan semoga lebih kreatif dengan memberikan lorongan dan hantaran kepada bahagian serangn. Harap pertingkatkan lagi jentera tengah. Pastikan ada backup serangan sebagaimana gol yang dijaringkan oleh Ashaari Shamsuddin. Bahagian pertahanan memang cukup mantap, tabik untuk Mohd Muslim (suka tengok dia kontrol defend). Jangan bagi peluang penyerang Indon melepaskan sepakan, terutama pemain Indon celup dia yang made in Uruguay tu. Sentiasa marking penyerang dorang. Yang paling respek, penjaga gol Khairul Fahmi (gelaran apek..betul ke?), wa caya lu. Walaupun baru, tapi tenang kawal gol. teruskan kecemerlangan anda. Last sekali buat pengantin baru (tok de’ nok bule’ madu); NorShahrul Idlan Talaha (pjgnye nama) teruskan usaha anda untuk lebih membanyakkan lagi lorongan dan peluang kepada striker. Awas, anda pasti menjadi tumpuan dan semestianya akan dirantai malam ini tapi anda pasti boleh. Juga buat Safee Sali, anda juga mungkin dikawal rapi malam ini. Namun, teruskan kecemerlangan anda (comei wol gol tandukan hantaran Mahali tu).

Buat pemain Malaysia ; teruskan kecemerlangan anda malam ini.

Biar sunyi sepi penyokong Indon di Stadium Gelora Bung Karno malam ini dengan jaringan dan permainan anda semua.

MALAYSIA BOLEH…………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>