sekapur sirih @ mukadimah

Alhamdulillah, setelah sekian lama sekadar memerhati, menghayati, mempelajari dan merenungi, akhirnya terbuka jugak hatiku untuk merealisasikan impian untuk mempunyai blog dot sendiri. Sebelum ini hanya sekadar membina blog percuma di blogger.com seperti blog stepontechnician.blogspot.com yang berkaitan dengan rutin kerja, cutimalisia.blogspot.com berkisarkan tentang percutianku & keluargaku dan juga di wordpress.com yang merupakan personal blog menggunakan dialek klasik kampungku yang hampir pupus iaitu gonyoh.wordpress.com.

Hasil dari panduan melalui pakej kit blogger oleh otai IM iaitu Saudara Zulfadli, akhirnya aku berjaya juga membina personal blog dengan nama immali.com. Trimas to Saudara Zulfadli dari Smartusaha. Walau bagaimanapun, blog ini masih lagi diperingkat pembinaan (under construction) dimana kalau dilihat masih lagi dalam keadaan basic. Belum habis setting lagi, theme pun masih lagi yang asal dan sedang mencari free wordpress themes yang bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *