Proses Pemecahan Bahagian (part 1)

Geran asal tanah pusaka sebelum dibuat pembahagian lot kepada lima beradik.

Pembahagian dibuat secara sama rata atas persetujuan semua yang terlibat..

Kedudukan bahagian setelah dibuat pembahagian lot individu..

Proses pembahagian mengambil masa yang agak lama dan perlu menggunakan khidmat jurukur tanah berlesen.

Permohonan dibuat melalui syarikat jurukur tanah berlesen di mana permohonan akan diproses oleh pejabat tanah .

Surat lantikan juruukur berlesen

 

 

Kembali men’janda baik’…..

Kerana  janda ni baik …kami kembali bagi kali yang ketiga


penginapan tambahan

 

buah janda?

 

sungai Janda Baik, baik punya air tu…

 


riadah pepagi

 

antara tempat berendam bukan berenang

 

port yang boleh menyelam

 

antara sungai Janda Baik

 

titian yang benar……menuju chalet

 

laluan yang benar adalah ke kiri, bukan berhaluan kiri…..menuju Chalet Sheliza

 

titian yang benar……..jika ingin ke Sheliza Chalet (gambar penuh titian)

 


laluan riadah pepagi hari

 


sesuai untuk sejukkan minda yang senak dengan debu kotaraya

 

laluan riadah pepagi hari

 

mesti besh kalau dapat macam ni….buat ‘resthouse to rest my mind’

 

kalau ini milikku……

 

buat masak lemak sedap ni…

 

banir  yang menarik….

 

sungguh menenangkan….mau jual ka?

 

bestnya dapat melentang dalam ni..

 

 

penunggu atau pengawal janda baik?

 

 

p/s: belum habis mengarut lagi ni…to be continue…

ziarah leluhur….kembali ke usul.

Ziarah kali yang ke berapa pun tak tahu…menjadi kemestian jika balik ke kampung jika berkelapangan….

Post ni pun sebenarnya tergantung cukup lama…berada di awang-awangan tidak dipublishkan….

20170509_120732Batu belah yang ada sejarahnya sendiri

20170509_120546Arus Sungai Terengganu yang mengalirkan jejak kegemilangan Islam di Bumi Terqanun

20170509_115918Suatu peradaban yang unggul pernah bermula di sini

20170509_115744Pendiri sebuah kegemilangan (jangan salah tanggapan)

20170509_115912Mungkinkan keunggulan sebuah peradaban kembali bermula di sini?

20170509_120537Semoga peradaban & kegemilangan dahulu akan kembali menghilir melalui arusnya

 

Kembali Mencari Melayuku di Jalan Melayu…….

nota : lama gile tu draf untuk post ni…..baru hari ni (29 Oktober 2016), woww..1 tahun, 2 bulan , 16 hari tuuu…baru aku terasa nak tepekkan kat Sekadar Catatan…pergh gila lama..

immali13 Ogos 2015

Menziarahi Jalan Melayu kali kedua pada 9 Ogos 2015 setelah pencarian Melayu kali pertama pada 22 Februari 2014. Meninjau kembali andainya ada ku temui identiti Melayu…

melayu5Jalan Melayu

Kedapatan seorang peniaga yang ku rasakan Melayu…moga anggapan ku benar. Walaupun ruangan jualannya cuma kecilan tapi nampaklah keMelayuannya..

melayu2Gerai jualan

 

Tertarik pada satu iklan yang agak sinonim orang kita…jualan dengan cara iklan yang bertampalan di jalanan.

melayu3Iklan Ubat Pengasih ?

 

Ya..di situ kelihatan keMelayuan…walaupun  kelihatan jua sosok kependatangan…Seorang warganegara yang berjalanan mencari barangan.

melayu4Gerai Jualan

 

Antara barangan memang menjadi kegilaan wanita orang kita…Harapannya semoga yang empunya gedung jua orang kita..Menjadi saingan kepada empunya gedung kependatangan…

melayu6Aneka tudung

 

Penasaran…..begitu banyak sosok kependatangan. Mungkinkah kemakmuran kita menjemput mereka datang untuk mencari kehidupan. Jangan sampai terhakis kekuasan oleh kependatangan…kependatangan suatu masa nanti akan menjadikan kita bergelandangan di jalanan. (rasanya sudah terjadi sekarang, jenguklah di bawah tiang jambatan mahupun di birai bangunan, tiada ku lihat kependatangan..)

melayu7Orang kita ke ni?

 

Sarapan kita pun mereka sediakan, di mana orang kita…..bangsa Mim…tukang makan. Perhatikan nisbah penebar roti canai di kota…adakah Melayu yang ramai..? Yang adapun cuma di gerai-gerai kecilan, yang berniaga cuma untuk sarapan..Bandingkan yang berniaga roti canai pagi, petang dan malam…orang kita?

melayu8Orang kita ke ni?

“Jangan sampai suatu ketika nanti orang kita…bangsa Mim akan mengemis di bumi tanahair sendiri…jika sentiasa bergantung kepada orang lain dan asyik melepaskan peluang yang ada kepada orang lain….”..

Renungkanlah sebagai peringatan…….!!!

Tak usah pening-pening……jom Cherating..!!!!

nota lagi : dah laaaaaaaaama sangat tak update ‘personal site’ aku ni. sebenarnya sesi santai ni bulan September lepas sempena cuti sekolah bertempek sekali dengan cuti Hari Raya Haji yang lepas, ….malam ni pulak ye mari teringat pulop ke ‘ruang permainan alam maya’ ni semula…layan je la..

 

BERGULING BATING DI CHERATING

Standard biasa kalau bercuti….3 hari 2 malam semestinya…kali ni kami beralih tilam ke Tanjung Inn, Cherating ;  pulok…..nak bagi anak-anak (& mak bapaknye sekali la) main pantai hilangkan boring di hutan batu………….

tanjung inn

Papantanda Chalet

20160914_072108

Chalet khemah (?)

Suasana pantai yang landai dan sesuai untuk mandi-manda. Lokasi yang yang selamat dan menarik untuk riadah keluarga. Pantai yang agak bersih cuma ada masanya terdapat obor-obor dalam air. Hati-hati…

pantai cherating

20160915_073929Pantai Cherating

Di sini memang terdapat banyak chalet atau resort yang boleh disewa untuk bermalam. Antara chalet dan resort yang boleh didiami di Cherating.

20160915_070807

Ranting Beach Resort

cherating38

Resort yang menarik (lupa nak ambik namanya)

Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini…….memancing, sukan air, berkayak, sudah semestinya mandi laut dan macam-macam lagi la……boleh fikir sendiri lah kalau dah sampai sini…………

20160914_080311

Jeti untuk memancing & melihat kelip-kelip

20160913_172645

Mandi-manda

20160914_075823

Berbasikal tua dalam kampung

cherating33

Berjalan-jalan tengok kampung

Aktiviti yang sesuai semasa ke Cherating terutamanya bagi ‘anak-anak kelahiran hutan batu’ untuk mengenali spesies hidupan terancam….kat KL tak do la…

20160915_122410

Melawat Pusat Konservasi Penyu

20160915_121940

Penyu dewasa & anak-anak penyu

p/s : dok abih agi ni…ngatuk doh…

menggigil di Fraser Hill…?

nota : dah lama sangat tak update ‘personal site’ aku ni. sebenarnya sesi santai ni bulan Jun yang lepas, draftnya dah lama buat tapi terbengkalai….malam ni pulak ye mari teringat ke ‘ruang permainan alam maya’ ni semula…layan je la..

SANTAI DI BUKIT FRASER

Bersantai selama 3 hari 2 malam di The Pine Resort menggunakan kemudahan yang disediakan oleh majikan “ambe”….so dapatla kadar sewa yang memang berbaloi-baloi. (gambor resort dok juppe la pulok duk mane..)

fraserMpapantanda aluan Bukit Fraser

 Bolehla dikatakan sesapa yang berkunjung ke sini, akan bergambar dengan “landmark” Bukit Fraser ni…Menara Jam di “roundabout” Bukit Fraser. Kalau tak datang ziarah sini boleh kata tak sah la lawatan kat sini…“landmark” ni la yang menyambut kedatangan pengunjung ke sini..

 

 

fraserJMenara Jam Fraser Hill

Laluan masuk utama (jalan masuk sahaja, keluar ikut laluan lain) ke Fraser Hill…bangunan yang ada di kiri kanan ni dah agak lama tapi terjaga dan masih digunakan. Bangunan sebelah kanan tu..Balai Polis dan sebelah kiri tu Klinik Pesakit Luar…dan yg tengah-tengah tu la letaknya ikon Fraser Hill..

fraserBlaluan masuk utama

fraserKBalai Polis (tahun 1919 tu)

fraser58Pejabat Pos

Tempat lain payah nak jumpa dah peti surat yang macam ni..rasanya peti surat dari zaman kolonial lagi ni kut.

fraserIpeti surat yang unik

Laluan keluar (turun..) dari Fraser Hill..Dulu satu jalan je dan ada penggiliran waktu turun serta naik..La ni dah diasingkan jalan untuk naik dan turun…senang la sikit tak payah nak menunggu.

 

fraserDlaluan keluar

fraserEJalan Pecah Batu (laluan keluar sahaja)

 

Suasana di pagi hari di Fraser Hill memang mendamaikan. Jauh dari hingar-bingar dan hiruk-pikuk kota. Dengan cuaca yang mendinginkan dan persekitaran yang tenang dan jauh sekali untuk melihat kesesakan lalulintasnya…hilang rasa sesak di dada.

 

fraserA menghayati lanskap kehijauan alam

fraserC menanti kemunculan mentari pagi di balik awan

fraserF embun di hujung ranting

Antara aktiviti yang terdapat di sini….menunggang kuda dan memanah di The Paddock’s Fraser Hill..Semestinya dengan sedikit bayaran.

fraserG Bangunan lama di The Paddock’s (bangsal kuda kalau tak silap la)

fraser83Trek menunggang kuda

fraserH Menunggang kuda

fraser111Memanah

Selain tu ada jugak mini taman tema air (mini water theme park)….Allan’s Water Park. Kat sini boleh main kayak, ‘paddle boat’ dan ‘water ball’..

fraserLAllan’s Water Park

Bersebelahan Allan’s Water Park, terdapatnya Taman Flora. Walau pun agak terhad kefloraannya tapi ok la untuk santai-santai…tak de tiket masuk pun..

fraser38Taman Flora

fraser33pokok strawberi

fraser34puteri ketiga, Iffah

fraser35Puteri sulung (specky)..Dina dan puteri kedua…Aisyah (angah)

fraser37Angah & kobis

 

 

Pasar Chih Tu, Kelantan

Tempat yang hampir menjadi lokasi wajib disinggahi apabila pulang ke kampung halaman isteri. Merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk mengosongkan “saku seluar” anda sebelum kembali ke perantauan. Tips apabila ingin melawat ikon Tanah Merah atau nama sejarah lamanya “Chi Tu” atau “Chih Tu”….pastikan bonet kenderaan anda mempuyai ruang yang secukupnya….tm42Pasar Besar Tanah Merah

Suasana di dalam Pasar Tanah Merah yang agak meriah….lebih-lebih lagi di musim cuti umum dan cuti sekolah . Walau bagaimanapun, untuk menikamati “mega meriah” di di sini…ada dinasihati untuk mengunjunginya di musim cuti perayaan terbesar seperti musim cuti hari raya puasa dan hari raya haji.

IMG_0470hasil laut

tm31kudap-kudapan?

tm39sayuran

tm23buahan dan sayur-sayuran

Antara barangan yang selalu menjadi buah tangan untuk rakan-rakan dan juga sangat sesuai untuk memadatkan ruang kosong bonet kereta anda.IMG_0476keropok  (tolong promosi lagi untuk Kak Yah tu..)

 

IMG_0479satay ikan

IMG_0477nisse’ kerek..

tm35trademark oram Kelantan, budu

tm37Budu SEDAPPP…!!!!

Suatu yang paling menarik di sini…….kilauan emasnya ada di mana-mana di sekeliling pasar Tanah Merah ni….Cara yang paaaling cepat untuk mengosongkan poket anda….singgahlah di mana-mana salah satu kedai ni…tm44Cap Rusa, Sri Ayu, Madinah….

tm43Cap burung, Sing Kuang…..

tm41Cap Rusa…

tm40Dah penat…singgah beli air kat Bee Gar…duk  minum sini deh..sambil tunggu keto sewo nok kelik dumoh…Ore’ Tanoh Meroh mesti tahu gapo dio Bee Gar tuh..

p/s: jika kedapatan sebarang rasa kurang senang dengan foto mahupun nukilannya, dipersilakan ke ruangan komen…foto boleh dilenyapkan, tulisan bisa dilunturkan…untuk menggugurkan ketidakpuasan terpendam..

 

Pasar Foloan, Bumi Terqanun…..

Panorama Pagi Di Pasar Pagi Kuala Berang, Terengganu. Kuala Berang di masa silam dikenali dengan nama Foloan merupakan antara lokasi yang bersejarah di Malaysia. Paling tersohor adalah sejarah penemuan Batu Bersurat Terengganu.

Pasar pagi di sini merupakan tempat penduduk kampung berhampiran menjual hasil tanaman mahupun hasil tangkapan di sungai berhampiran. Antara tempat kunjungan kegemaran apabila pulang ke kampung halaman mencari sayuran dan lauk pauk kampung yang jarang ditemui di kota metropolitan di samping menziarahi orang-orang lama kampung yang masih ada.

 photo koberang0003_zps7078bf0e.jpg

 suasana pagi di pasar Kuala Berang

 photo koberang0006_zpscb78ca17.jpg

ikan sungai

 

 photo koberang0001_zpsc4c830a1.jpg

 keropok lekor

 photo koberang0009_zps22d71ba4.jpg

 ulaman dan sayuran kampung

 photo koberang0007_zps66112d22.jpg

 keledek, emping, asam keping dan empunya jualan

 photo koberang0005_zpse07a6a8d.jpg

 ubatan tradisional

 

 photo koberang0013_zps5ce0e777.jpg

 stesen bas baru….antara ikon baru Kuala Berang

Seusai berjalanan di Pasar Foloan, tertarik dengan dua paparan visual di sini………

 photo oldfolkkb1_zps7e685189.jpg

 “Peniaga warga emas yang masih ceria di balik kedutan usia mencari rezeki”

 photo koberang0011_zps9491d96c.jpg

 “Yang menarik usah dicacatkan dengan yang jelik”

p/s: jika kedapatan sebarang rasa kurang senang dengan foto mahupun nukilannya, dipersilakan ke ruangan komen…foto boleh dilenyapkan, tulisan bisa dilunturkan…untuk menggugurkan ketidakpuasan terpendam..

berkarat lagi…….Pasar Karat Jalan Sultan

Pasar Karat Jalan Sultan….walaupun sebenarnya di celah lorongan dan celahan belakang bangunan. Setelah menziarahinya untuk kali pertama sebelum ini; Berkarat di hari minggu…..Jalan Sultan, Kuala Lumpur, ziarah second series dilaksanakan. Catatan dipaparkan melalui seni foto (street photography la kut), biar foto sendiri berbicara.

singboard pasar karatPAPAN TANDA PASAR KARAT.

Antara barangan antik yang bukan mudah untuk dicari, masih mampu dimiliki di Pasar Karat. Kedua-dua koleksi antik ini mengimbau kembali kenangan di masa kecil dan zaman persekolahan. Apakah anak-anak zaman teknologi terkini sekarang masih mengenali dua barang antik ini?

karat20005SETERIKA ARANG

karat20006MESIN TAIP  (unplugged typewriter)

Suasana di pasar karat ini memang meriah dengan kehadiran bukan sekadar warganegara kota Kuala Lumpur, namun turut menggamit kehadiran warga asing berniaga serta warga kota yang mencari barangan keperluan yang bersesuaian dengan kedudukan poket golongan marhaen.

karat20007MERIAH DI CELAH LORONG

karat20004WARGA ASING TURUT BERNIAGA

tayarTAYAR TERPAKAI……pun ada dijual, aku tak sangka sangka tayar pun boleh dijual kat sini.

Sambil melangkah  beransur menyusur jalanan,sedikit kejanggalan dan persoalan terlintas di fikiran apabila melintasi jalan cantuman kepada Jalan Sultan. Jalan Hang Lekir, umpama sejarah lampau  nama dimiliki pengiring sultan. Bukan untuk bersikap “racist” namun apa yang terzahir tidak menunjukkan yang sepatutnya sehingga menimbulkan kekeliruan. Fikirkanlah sendiri……..

hg lekirJALAN HANG LEKIR……di mana Hang Lekirnya?… Hang Li Poh mungkin  di sini..

ayam karatRESTOREN AYAM GANTUNG DI JALAN SULTAN…..mungkinkah sultan santap di sini?

karat20002KAKILIMA DI JALAN SULTAN…..tanjak atau dastar tiada disini, hanya tanglung merah yang ku temui.

karat20012JALAN HANG LEKIR….mungkinkah  Hang Lekir ditukar  menjadi Han Li Ke.?

karat20013TANGLUNG…….bukan pelita 

karat20014MASIH LAGI TANGLUNG……tiada lagi harapan.

karat20016DI MANA HANG LEKIR……mungkinkah  di Chinatown?

kedaichinalamaKEDAI KOON KEE?…mengapa tidak Kedai Makan Melati?

kk superstoreMASIH TIADA ……..dimana kan kutemui? mungkinkah hanya di Jalan Melayu?

p/s: jika kedapatan sebarang rasa kurang senang dengan foto mahupun nukilannya, dipersilakan ke ruangan komen…foto boleh dilenyapkan, tulisan bisa dilunturkan…untuk menggugurkan ketidakpuasan terpendam..

KeMelayuan……..layu di Jalan Melayu

Ku temui Jalan Melayu, tapi di mana Melayunya….berapa ramai Melayu yang tahu di mana Jalan Melayu, berbanding Melayu yang tahu Jalan Masjid India. Lihat map yang ditempekkan untuk mengetahui lokasinya…seumpama melukut di tepi gantang, bertempel di sebelah Jalan Masjid India.

 photo malayroad_zps52dffc3d.jpg
Lokasi Jalan Melayu

Mampukah Jalan Melayu bersinar seumpama sinaran lampu jalanan yang indah, mahupun akan malap ataupun akan terus usang seumpama binaan lama yang semakin kusam ditelan zaman.

 photo outar0031_zps1a341ab4.jpg
Papantanda Jalan Melayu

Mungkinkah Jalan Melayu menjadi semakin gah sebagaimana indah dan menariknya gerbang yang dibina…di gerbang itu terdapat elemen keMelayuannya. Usah diharapkan kemegahan hanya dengan keindahan gerbang sahaja.

 photo gerbangmalayroad_zps60bc8d81.jpg

Gerbang Jalan Melayu

Penghujungnya terletak suatu yang boleh dibanggakan….penunjuk aras kemajuan ; sistem pengangkutan yang boleh dibanggakan iaitu STAR LRT MASJID JAMEK dan PUTRA LRT MASJID JAMEK
 photo jlnmelayuL_zps6dce58e9.jpg

penghujung Jalan Melayu

LANSKAP JALAN MELAYU……dari pandangan lensaku.

 photo outar0035_zps7f79711a.jpg

Pemandangan setelah  beberapa meter melepasi gerbang Jalan Melayu, sedikit dicacatkan dengan longgokan bahan buangan di sebelah kanannya.

 photo jlnmelayu_zpse7ba54c6.jpgSuasana kemeriahan di Jalan Melayu, walaupun sebenarnya menumpang kemeriahan  laluan ke stesen LRT. Kemeriahan semakin menonjol di hari minggu mahupun di musim perayaan.

 photo jlnmelayu0002_zps1729a792.jpgKu cari premis yang boleh mempamerkan identiti Melayu di Jalan Melayu…namun inikah keMelayuannya?? Mungkinkah Melayunya terlindung di sebalik helaian tudung ini?

 photo jlnmelayu0001_zpsad097adb.jpgAtau mungkin keMelayuan terdapat di sebalik premis makanan di kiri ini?

 photo outar0037_zpsc2d26e01.jpgAtau mungkinkah di sini ada Melayunya..?

 photo outar0041_zps183fa3f2.jpgKu temui dua generasi Melayuku di sini….sekadar melepasi kakilima bukan sebagai yang empunya…

 photo outar0042_zpsaec79bf8.jpgDi celahan tingkap yang tersingkap…pun bukan Melayu yang ku temui.

 photo kedaimelayuL_zps9340477a.jpgAkhirnya…umpama pengubat duka, ku temui juga sinar Melayunya…premis beridentitikan Melayu walaupun bukan di Jalan Melayu, terletak di pinggiran Jalan Melayu. Mungkinkah sepenuhnya milik Melayuku…?

Memetik kata-kata Dato’ Seri Utama Dr Rais Bin Yatim,  yang dipetik dari blog Din Turtle, Blog Parti Melayu :

 photo raismelayu_zpsfc145444.jpg

 photo rais_zpsece269a0.png

 

artikel penuh boleh dibaca disini ; Bangunkan Jalan Melayu – Terbaik Rais ! ( Tapi Tak Perlulah Bersikap Apologetik )

Apakah mungkin terjadi Melayu akan semakin layu di Jalan Melayu..?

1 2 3 4 5 9 10