kuat betul promosi 1 Malaysia….sampai kat seluar kecik pun ada…!!

Betul-betul punye kempen 1 Malaysia ni….sampai buat seluar kecik 1 Malaysia la pulak…

Sanggupkah anda memakainya….?? Sendiri fikir la…

Fiesta Memancing di Taman Tasik Permaisuri anjuran Utusan Karya, 26 Jun 2011

Sekarang (semasa entry ini sedang ditulis..)..sedang berlangsung Fiesta Memancing anjuran Utusan Karya di Taman Tasik Permaisuri yang menawarkan hadiah wang tunai RM 10,000.00 untuk Johan, RM 5,000.00 (Naib Johan) dan RM 3,000.00 (Ketiga)..Pertandingan ni akan berakhir pada jam 1.00 tengahari (lebihkurang 15 minit lagi pada waktu artikel ni ditulis..)..Oleh sebab lokasi ni cuma di sebelah rumah aku je, sesambil pergi bersenam dgn anak-anak aku, aku pun jenguk le sekali lokasi pertandingan ni sambil snap sikit gambar..(gambar kurang cantik, guna handphone je…)..Semasa aku pergi tengok tu…ikan terberat setakat tu..ikan rohu seberat 10.36 kg..

..

Antara hasil tangkapan yang diperolehi..

Aksi Balingan Pancing..

Macam tak kena je signboard & suasananya…..

lain-lain gambar (semua sebenarnya)….ada kat sini..QUEEN LAKE PARK..!!

konvokesyen di usia dewasa……

202…!! Tingginya…………….

Hari tu (Selasa;7/6/2011) aku kena tekanan darah tinggi….bukan tinggi sikit-sikit….bapok punya tinggi….202/140 kalau tak salah aku tengok…gila punya tinggi sedangkan paras normal cuma bawah 130/90….Hari tu, pukul 5 pagi aku bangun buang air besar lepas tu aku sakit perut. Gila babi punya sakit perut…berguling-guling…lepas tu pukul 8pagi gi ke Hospital Kuala Lumpur…Sekali check tekanan darah punya la tinggi….terus la check in….2 hari la duk di hotel bilik(wad) 18 tu…Masa kat wad pun, check tekanan still around 190-160 lagi….tu pun tinggi tu…malamnya dibaginya aku makan ubat…esoknya turun tekanan darah aku ke 114 je…lepas tu dah normal antara 120-110 je…tapi ada effect gak gak aku…aku rasa loya, pening & muntah…doktor kata pasal badan aku belum biasa dengan paras normal, tu yang jadi macam tu…Petangnya(Rabu;8/6/2011) aku pun boleh balik sebab dah normal tapi aku kena makan ubat yg dibekalkan & kena jumpa dengan doktor pakar sebab aku dikategori sebagai YOUNG HYPERTENSION (am i still young at 3* years old)..So, lepas ni aku kena selalu jumpa doktor le gamoknya dan aku diminta hadir dengan ceramah berkenaan hypertension setiap pagi Jumaat di HKL…

Info yang mengerikan aku terima, suami kepada bekas bos aku di saat akhir hampir meninggal tekanan darah dia pun 200……eeee..janganla wei…anok aku kecik2 lagi semua tu……

Pemerhatian (atau boleh ke aku katakan kajian) selama 15 minit di bawah flyover & di atas bulatan Kg Pandan di waktu hujan lebat yg menyebabkan aku tersangkut…

Pagi tadi masa on the way nak gi opis di hari terakhir aku di Jabatan Pengurusan Perumahan, hujan turun dengan lebat jadi aku tersangkut la kat bwh flyover (aku redah gak psl hari last je, kalau tak takdenye aku nak redah hujan ) kat atas roundabout Kampung Pandan..Jadi sesambil nak menunggu hujan reda & menghilangkan boring, aku pun cuba buat pemerhatian sikit la….berkenaan dengan KEMPEN KONGSI KERETA yang kerajaan pernah buat dulu….Pemerhatian tu pun dalam masa lebih kurang 15 minit je sebab hujan dah reda, aku pun gerak ke opis…selama 15 minit tu aku perhatikan kebanyakan kereta yang melintas depan aku tu kalau tak sorang je kat dalamnya, mesti dua orang…paling banyak sebuah kereta cuma seorang….aku cuba kira berapa kereta yang tiga atau empat orang….Statistik yang aku dapat; untuk tempoh 15 minit kereta dengan isi dalamnya 3 orang CUMA 3 buah kereta sahaja dan 4 orang atau lebih CUMA 2 BUAH KERETA SAHAJA…!!!!!!!!!! Itu pun 2 buah kereta yang agak penuh dipercayai bukannya untuk pergi kerja sebab membawa anak-anak atau ibu bapa pemandunya…KESIMPULAN yang aku dapat kempen KONGSI KERETA yang dicanang oleh kerajaan dulu TIDAK BERJAYA atau GAGAL…!!!!! dan ini menyumbang kepada kesesakan jalanraya yang teruk di Kuala Lumpur terutama sekali bila hujan…Ini jugak menunjukkan orang di KUALA LUMPUR ni tak suka berkongsi kereta..

Sedikit pertanyaan…SANGGUPKAH ANDA BERKONGSI KERETA ANDA DENGAN RAKAN SEPEJABAT UNTUK KE TEMPAT KERJA….???
Tapi kalau aku pun belum tentu nak kongsi, kalau isi minyak kereta kongsi mungkin aku boleh pertimbangkan….So…FIKIR-FIKIRKANLAH..

Kat bawah ni aku tempekkan gambar kekosongan kereta yang aku ambik sepanjang pemerhatian aku tu sebagai bukti…

p/s: gambar kurang jelas psl guna kamera handset je….gambar kereta yg penuh tak dpt psl bilangannya sikit sangat

hari terakhir di B***n P****n,Jabatan P****n Pe****n.

Hari ni walaupun hujan turun dengan leeeeebatnya, aku redah jugak nak pegi ofis……KENAPA…aku rajin sangat..? kalu biasanya mau aku berlengkor lagi kat rumah….NAMUN disebabkan hari ni adalah hari terakhir aku di Bahagian Penyenggaraan, Jabatan Perumahan yang bertempat di zon 3(kawasan Sentul) aku gagahkan jugak untuk datang jumpa kengkawan kat situ….walaupun terpaksa melanguk sekejap kat atas rounabout Kg Pandan, di bawah flyover pasal hujan lebihkurang setengah jam la jugak..sesambil tu aku buat pemerhatian sikit utk menghilangkan boring (nanti aku buat entri lain..). Pemerhatian kepada salah satu kempen kerajaan dulu…..TUNGGGU……..boleh baca kajian aku tu kat sini….APAKAH ORANG KL BOLEH KONGSI KERETA..?

Bermula esok aku akan bertukar ke Jabatan Rekabentuk Bandar & Bangunan di Bangunan Wawasan, Kg Baru kerana ditawarkan kenaikan pangkat ke Gred J22 (w/bgmanapun dlm tempoh pantang selama 6 bulan diletakkan sebagai memangku je…lepas abih edah & prestasi baik baru disahkan sebagai K***N..). Oleh sebab belum lapor diri, aku tak tau la duduk unit atau bahagian mana….yang penting esok kena lapor diri dulu….Semoga di tempat baru pun aku akan seronok……..

20-22 Mei 2011, konvokesyen PUO, konvoku di usia dewasa (tua…?) sesambil bersantai di Pantai Teluk Batik

Ari tu…(tarikhnya seperti tajuk di atas..)..di usia yang hampir separuh abad (tua dah aku..) berjaya jugak aku berkonvo (diploma je..)..Dengan meninggalkan anak bini selama lebihkurang setahun aku memerah otak yang berkarat, akhirnya berjaya dengan jayanya (dpt pingat lagi..)menamatkan pengajian di Politeknik Ungku Omar..tapi malas nak cerita banyak la rasanya…(nanti kalau aku rajin aku tepek gambar sijil & pingat tu..)…

Sesambil tu aku bawak la anak bini aku gi bersantai di Teluk Batik, Lumut….jauh gile tu dari Ipoh hampir 2 jam…On the way balik jumpa la sahabat lama masa poli Kota Bharu, Arshad dulu kat ┬ámana ntah…la ni dah jadi OC Bomba kat Pulau Pangkor tu….

Ni aku tepek la sikit sebanyak gambonye…kalu sikit len kali aku tepek lagi..

yang ni cuma gambar kat Teluk Batik, nanti aku tepekkan gambar konvo pulak..ni hah aku terus tepekkan (psl baru bleh upload..)

albumnya aku bubuh kat sini (belum upload semua )…IPOH MALI..

Ziarah makam lama di Kuala Lumpur……tak sangka di KL pun ada makam lama macam ni……….

Tak sangka rupanya di KL pun ada makam lama yang unik..Selepas membaca posting saudara Merah Silu di blognya…CATATAN SI MERAH SILU dengan tajuknya “Selamatkan makam Harun Al-Rasyid, satu-satunya makam berbatu nesan Aceh yang masih wujud di Kuala Lumpur”. Aku rasa terkejut sebab tak pernah aku tahu di KL pun ada makam macam, tambahan pulak makam dekat sangat dekat pejabat aku di Bandar Baru Sentul. Lokasi makam pulak di sebelah je dengan kawasan jagaan aku…

Oleh sebab tu, berpandukan posting bro Merah Silu dan gambar screenshotnya kat blog tu aku pun pergi menziarahi makam tersebut…sayangnya makam tu berkunci, jadi tak dapat la aku masuk…sekadar ambik gambar dari luar je…Ni la gegambarnya…

Tapi mungkinkah makam lama ini akan terus berada di situ…..sebab kawasan tersebut termasuk dalam rancangan pembangunan KL yang akan dibina satu kawasan pusat perniagaan dan perumahan baru yang bernama Taman Sari (kalau tak silap saya la…). Perhatikan di sekelilingnya, penghuni berhampiaran telah dipindahkan secara berperingkat seperti di Flat Pekeliling dan Flat Sri Terengganu (kawasan jagaan saya dulu tu..).

Tiadakah pihak yang sanggup mempertahankan makam lama yang bersejarah ini..? Sanggupkah kita melihat makam bersejarah ini dirobohkan…walaupun atas nama pembangunan..? Apakah ia tidak boleh dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang di samping kita meneruskan pembangunan…?

FIKIR-FIKIRKANLAH………………..

Juga Khas untuk Wanita…Sanggupkah anda……… bermadu dengan 88 orang wanita lain?

Khas untuk para wanita sahaja..

Sanggupkah anda bermadu..? Bukan seorang, bukan dua orang….TETAPI 88 orang wanita lain…?Kalau sanggup…memang boleh respek gila, tabik spring lagi…..

Tapi memang ada yang sanggup…..namun bukan di Malaysia tetapi di Nigeria…Seorang bomoh beristeri seramai 89 orang (dia ada pakai ilmu pengasih ke apa ni..). Katanya Islam….boleh ke..? Mungkin ajaran sesat ni…siap cakap terima wahyu dulu sebelum kahwin…(selalu dengar dapat seru nak kahwin..). Tengok la sendiri rupa jejaka terhangat dari Nigeria ni….hennnnsemmmmmmmmmmmmm tu..

Sumber asal dari sini……Bomoh Nigeria punyai 89 isteri

Khas untuk golongan wanita..Sanggupkah anda….mempunyai p***dara sebesar ini?

Sedikit persoalan khas untuk golongan wanita..

Sanggupkah anda mempunyai payudara sebegini beeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeesar..?

Adakah anda merasakannya caaaaaaaaaaantik….?

Fikir-fikirkanlah sendiri….

Lihatlah sendiri ‘keanggunan’ payudara wanita ini…

agaknya cup dia saiz berapa ni…? Kena special order ni…

Sumber asal kat sini…………..BESORNYEEEEEEEE..!!!!